Friday, January 10, 2014

Sabah Road Trip - Day 2 - Tagal Sungai Moroli, Kg. Luanti Ranau

Day 2 - Tagal Sungai Moroli, Kg. Luanti, Ranau.

Lepas kecewa tak dapat tengok lembu, husband ajak pegi Sungai Moroli, nak main-main dengan ikan kelah. Dia pantang dengar perkataan sungai, ikan, laut...memang cepat aje nak ajak pegi.

Kalau dari Kinabalu Pine Resort, kena jalan naik atas lagi lebih kurang 40 minit kot, aku estimate je. Lokasi ni berdekatan dengan Sabah Tea.

Sebab pertama kali ke sini, aku rasa jauh....jauhnya.



Entrance fee rm5 hanya untuk 15 minit sahaja. Setiap orang ada nombor, bila dah cukup 15 minit, akan dengar nombor kita dipanggil untuk keluar. Hahaa. So tak boleh tipu-tipu nak berendam lama-lama dalam sungai.


Ada beratus, dan aku rasa...beribu kot ikan kelah jinak didalam Sungai Moroli ini. Ikan keli pun ada.

Tempat ini dijaga dan memang dikawal dengan kerjasama Jabatan Perikanan Sabah. Penduduk kampung Luanti ini juga sama-sama menjaga kebersihan sungai ini dan memang tidak dibenarkan langsung untuk menangkap ikan-ikan yg ada, especially ikan kelah.

Tak hairan lah air sungai moroli ni bersih gila, jernih dan kehijauan.

Aku rasa ini sungai paling bersih yang pernah aku lihat.


Husband aku try nak celupkan kaki si debab ni...dia tak takut, tapi aku yang takut sebab ikan-ikan tu menggigit.


Apa itu Tagal? Apa yang aku faham dan dengar dari cerita orang di situ, tagal ini bermaksud pemuliharaan dan penjagaan. Tidak dibenarkan sama sekali membuat aktiviti menangkap, memancing atau menjala ikan di kawasan sungai yang ada signboard 'Tagal' kerana tempat itu telah diwartakan sebagai tempat yang dikawal, even penduduk kampung pun tak dibenarkan buat sesuka hati.

Ada jambatan gantung juga

jernih kan air sungai ni...dan sejukkkkk


sungai yang dijaga dan dikawal

Last....sebelum balik, bergambar la sekejap kat atas jambatan gantung

panas yang amat masa ni

snap dari atas jambatan gantung

oleh kerana tempat ni dijaga, tak ramai yang boleh masuk dalam 1 masa, sebab tu setiap orang/group ada nombor. Makanan ikan ada dijual, setiap orang boleh beli 1 atau 2 paket aje.


Kepuasan terserlah diwajah husband aku sebab kenginan hati dah tercapai. Kaki pancing memang gitu kot, pantang dengar perkataan air, ikan, sungai, laut...memang laju je nak terkam. Apa pun, aku pun seronok jugak dapat celup-celup kaki. Nak mandi pun boleh tapi bayarannya lain, tapi aku tak sure berapa lama masa diberi untuk mandi.


To be continue..... Day 2 - Jambatan Tamparuli, Rumah Terbalik, Pekan Nabalu




10 comments:

t.a.t.a said...

Seronok nya Julie. Ada jambatan gantung lagi. Jernih nya air. Ada orang mandi tak kat situ?


Mata aku tertangkap ayat atas sekali tu. Hubby kau nak tengok lembu? Dia tak pernah tengok lembu secara live meh?

Dr Singa said...

'tagal' tak pernah dengar

'pagal' biasa..

chopp..
apa nama satu lagi cerita best amir khan tu...
lupa aahh..
bukan 3 idiots tu..

t.a.t.a said...

Tum pagal ho.

Kak Singa, maan best.

julie shahril said...

tata: boleh mandi, ada je org mandi tapi lebih rmai yg rendam2 kaki je..

ko mesti x baca entry aku sebelum tu, day 2 ni aku buat byk entry sbb pjg n byk gmbo..

bkn husband aku yg nk tgk lembu tp anak aku..dan aku juga...hahahahaaa..

lembu biasa tu dh selalu tgk tp lembu susu jarang2 tgk..tu yg beria nk tgk..

julie shahril said...

kakizat: tajuk citer Taare Zameen Par...yg pasal budak ada masalah belajar mengenal huruf bagai tu..dh tgk blom??

t.a.t.a said...

Well, you could say that. Hahahaha.

Daddy Ziyyad said...

Clear gila air..
Rasa apa bila ikan tu gesel2 kat kaki?hahaha

cinta said...

ada keli? brani celup kaki situ..

t.a.t.a said...

cinta. aku berani. tapi lepas aku makan keli tu dulu la. hahaha

julie shahril said...

dziyyad: rasa mcm kerengga gigit dan geli2 sbb ikan tu gesel2..hahaa

siti: berani2 takut..keli tu jinak..tp seram jugak takut kena sengat dia