Thursday, May 15, 2014

Thailand Road Tour episod 2: Krabi

Destinasi kedua : Krabi

Aku tak ingat pukul berapa tiba di Krabi, tapi dah lewat petang juga. Di Krabi, kami stay di pantai Ao Nang, salah satu pantai yang popular di Krabi.

Krabi bukan pulau seperti yang aku fikirkan sebelum ni, tengok lah peta, Krabi adalah sebuah negeri di Thailand. Apasal ntah aku terbayang Krabi ni pulau..hahaha.


mercu tanda Krabi...ketam.
agaknya nama Krabi ni sempena nama Crab...jadi Krabi

0 km, bermaksud kita sudah sampai di bandar Krabi.

 burung helang pun ado

 jenuh angkut budak kecik ni dengan stroller ke mana-mana

ini lah bandar Krabi

bila anak buat perangai...sebagai ibu yang gagah perkasa,
dukung lah anak macam ni...hehe

yang aku sempat snap dari dalam kereta...
traffic light di Krabi yang comel..hehe

pejabat kastam

signboard

guesthouse
untuk budget traveller sesuai lah

Orait, masa untuk mencari hotel. Kami memulakan konsep redah kami untuk mencari hotel yang sesuai dengan poket. Untuk Kiddy dan isterinya Aida, mereka jenis berduit, tak kisah berapa pun harga hotel, asalkan selesa. 

Tapi bagi aku 3 beranak, aku nak cari hotel yang sederhana aje, sesuai dengan ekonomi lah. Tapi Kiddy dan Aida memahami, dan diaorang pun ikut kehendak kami.

Aku tak sangka Krabi sesak masa tu. Baru aku sedar, Malaysia sedang bercuti sempena Hari Buruh, maka ramai warga Malaysia aku jumpa di sana. Maka, proses mencari hotel menjadi sangat mencabar dan stress. Kebanyakan hotel dan resort sudah full!

Cari punya cari, jumpa lah satu resort yang masih ada bilik kosong iaitu Nong Eed Resort. Harga 1 malam kalau tak silap rm70 (700 baht), aku lupa. Oleh kerana tak ada pilihan, kami pun sepakat stay je lah kat situ.

gambar ni aku google sebab aku lupa nak snap gambar hotel ni.

Sebenarnya hotel ni tak berapa best, tapi sebab dah tak ada pilihan, layankan aje. Nasib baik stay di Krabi cuma 1 malam, so tak kesah sangat. Aku kata tak best sebab keadaan bilik dia kurang selesa. Sebenarnya banyak hotel bajet di Krabi yang murah dan selesa, disebabkan orang ramai, kami tak ada choice.

Dah siap check-in, mandi manda dan buat apa yang wajib, belah malam keluar berjalan-jalan.

Mula-mula, pergi makan.

Oleh kerana aku ikut kawan yang suka makan, maka aku 3 beranak pun kena lah utamakan makan, hahaha. Kalau ikutkan aku, aku tak kesah sangat pasal makan, aku lagi suka berjalan sana sini, tengok tempat orang. Tapi takpe, kita layan aje.

Masa untuk menggemukkan badan.

Thailand terkenal dengan makanan laut. Kami makan di Lemon Restaurant.

 Lemon Restaurant, halal food of course..

 udang
jangan tanya masak apa sebab aku lupa
bukan aku yang order, so memang aku tak tau apa jenis masakan ni.
 sotong ni sedap, lembut...pandai diaorang masak
 tomyam ayam

 siakap stim limau

sticky rice with mango
pulut mangga...
datang Thailand kena try pulut mangga ni..
sangat sedap ok. dulu aku pelik macam mana pulut boleh makan dengan mangga, bila dah rasa baru tau sedap rupanya. pulut mangga Thai is the best. Kombinasi pulut yg tawar, santan yang berlemak dan mangga yang manis....perfect!
 


Habis cerita bab makan.

Bab jalan-jalan pulak.
.
.


Bersiar-siar dideretan kedai di pantai Ao Nang ini tak ubah seperti bersiar-siar di pantai Chenang, Langkawi. Sebijik aku rasa macam berada di Langkawi.

Aku tak suka shopping di Krabi waktu-waktu orang ramai macam ni.

Diaorang letak harga macam nak cekik leher.

Sangat demand peniaga-peniaga kat sana. Mentang-mentang orang ramai, harga rm10 jadi rm30. Percaya tak baju t-shirt I Love Krabi diaorang letak harga rm70..?? Nak kata kualiti kain tu bagus, macam lah aku tak biasa beli t-shirt nokk.

Jahat gila. Gila jahat.

Benci. 

 jamu mata dengan cenderahati ini..
cermin muka untuk yang suka bersolek

 sabun

 patung dari tanah liat

 sabun yang ni cantik

 boleh sewa motor..
mat saleh suka sewa motor dan pusing-pusing pantai

 lukisan

 mengingatkan aku ketika di Bali..
offering..
tapi diaorang letak dalam pinggan

 funny t-shirt

 mat-mat saleh suka beli baju-baju macam ni

 no photo...tak boleh amek gambar
tapi aku amek juga

 yang ni aku tak pasti patung apa

tengok muka mamat baju pink tu..
muka marah sebab dia tak bagi aku snap gambar, tapi aku degil nak snap jugak
hoi laa..snap just untuk simpanan, bukan aku nak tiru pun..
lukisan kat Bali lagi lawa-lawa, rileks je diaorang tak kisah langsung pelancong amek gambar

Aku tak berapa suka peniaga-peniaga kat Krabi. Diaorang ni kalau orang ramai memang kerek. Satu lagi...kebanyakan kedai tak bagi kita snap gambar. Poyo gila. Macam la kita nak tiru sangat apa yang diaorang buat.

Memang tak luak sangat duit aku bershopping di Krabi, ada lah beli t-shirt untuk Zhareef selai dua. Untuk aku...takde langsung. Taknak lah aku shopping dengan manusia-manusia kerek kat sana. 

Orait, dah habis jalan-jalan cuci mata, sebelum balik hotel singgah kedai pak arab ngeteh kejap.


03/05/2014 

Next day, bangun pagi pegi sarapan dulu. Sarapan adalah sangat penting untuk memulakan aktiviti seharian.


Apa yang aku makan?


Thai banana pancake!
the most popular food that you must try!
sedap. yang ni takde nutella, kalau letak nutella lagi sedap.

Lepas tu singgah di Mu Koh Phi Phi National Park, ok..kitaorang tak masuk pun kat dalam ni, just singgah berposing-posing kat luar je..hehehe


Then, kami sepakat nak pergi tengok King Cobra Show. Tiket berharga rm80 (800 baht) untuk dewasa, rm40 (400 baht) untuk kanak-kanak. Agak mahal tiketnya, tapi alang-alang dah datang sini, layan aje. 

Plan asal nak pergi Island Hoping, tapi semua boat dah full, so kami dah discuss akan buat Island Hoping dari Phuket. Island Hoping ni dari mana-mana sama je, kita akan pergi ke pulau yang sama, cuma dari Krabi lagi dekat, harga murah sket. Kalau dari Phuket agak jauh dan harga pun mahal. Tapi disebabkan semua bot dah full, redha aje lah. 


Orait, jom tengok King Cobra Show.

Ini anak cobra, remaja lagi. Namun gitu dah nama pun cobra, tak kira baby ke remaja memang ganas lah. Ular-ular dalam show ini semua berbisa, maksud aku mereka tak buang pun bisa tu.

Lepas habis show, mereka buktikan ular itu masih ada bisa. Ok, aku percaya. Lepas tu mereka offer siapa-siapa nak cuba pegang ular tu...hahaha..sorry, aku awal-awal dah melarikan diri.

Itu baru show dari anak cobra. Jom kita tengok mak pak dia pulak buat show.

mak cobra dah muncul

masa untuk cium-cium manja dengan mak cobra
ok, aku ngeri, tapi mereka semua dah terlatih, takde hal. Ada sekor mak cobra bad mood, mereka tak boleh nak cium, mungkin cobra tu sedang PMS. hehehe...

Bukan cobra je buat show, ular sawa pun ada. Lepas habis show, mereka offer 'snake massage'. Siapa nak rasa macam mana kena belit dengan ular? Aku macam biasa...dah lari awal-awal. Kiddy dan Aida berani, diaorang berdua rela dibelit.

Apa rasa kena belit ular?

Rasa sakit yang amat, badan ular tu dah jadi macam kayu. Belitan ular sawa memang boleh membawa maut ye kengkawan.



Kat sini beruk pun ada. Sebelum balik mereka luangkan masa sekejap bagi kami tengok beruk naik basikal. Comel gila. Ini beruk jantan, masa dia mengayuh basikal tu, mata dia duk menjeling aku dengan Zhareef. Jelingan maut tuu. Kiddy kata beruk jantan suka dengan orang pompuan, hahaha.


Dah habis tengok Cobra Show, kami ke  Laem Pho Mollusc Fossil. Ini tempat menjual barang-barang perhiasan yang diperbuat daripada hasil laut. Harga boleh tahan murah, tapi sebab aku tak minat, so aku tak beli lah, hihi.

hiasan dan souvenir daripada hasil laut, nak beli borong pun boleh.


Kemudian, Kiddy teringin nak menembak. Maka kami pergi ke Krabi Shooting Range. Masa ni si Zhareef dah melepak tidur. Aku keluar jugak lah nak tengok apa yang best menembak ni.

Kena tutup telinga ok, rosak gegendang telinga kalau tak pakai benda ni. Bunyi tembakan tu sangat kuat.

Kiddy sedang menembak, driver kami Sahak tukang amek gambar, hihi.

Bayaran untuk menembak ini tengok jenis senjata. Kalau pistol tak silap aku rm90 (900 baht), tapi aku lupa berapa biji peluru. Sniper pun ada.


Orait. Seharian dah berjalan. Letih. Aku lagi letih sebab melayan anak. Tapi tetap seronok. Aku suka trip macam ni sebab banyak tempat boleh pergi mengikut kehendak kita. Nak stop kat mana-mana pun boleh. Driver kami Sahak sangat-sangat best dan sporting. Nanti aku bagi details pasal dia.


Memang plan kami nak stay Krabi 1 hari je. So, the next destination is...

.
.
.
.
.

Phuket!





6 comments:

Dr Singa said...

ada tak jual fosil kat Laem Pho tu?

hahahhaa!!
marah gila mamat tu!!

t.a.t.a said...

Woh Julie, seronoknya!!!

Aku tak dapat nak pi, so tengok blog kau dengan blog Kak Singa, cukup la. Rasa macam aku pun pi sana sekali. Huhhu.

wan norulkhamisa said...

dah balik dah akk, tp kan kak nape akk sewa hotel last minute..nnti kan takde bilik, sib baik ade tau...

julie shahril said...

Kakizat: fossil yg dah dibersihkan, buat souvenir mcm cengkerang, kulit siput tu ada lah.

a'ah mmg dia marah tp saya buat bodoh je...hohoho

julie shahril said...

tata: ko boleh pegi suatu hari nanti, in sha Allah..ko simpan duit byk2, pastu pegi lah bercuti sakan n tenangkan fikiran.

julie shahril said...

lisa: sbb kiddy n aida taknak book hotel dulu, diaorg suka cari on the spot, kbtulan masa tu org trlalu ramai kat sana pdhal masa tu low season, yg memenuhkan hotel kat krabi ialah org malaysia.