Friday, July 11, 2014

lampu isyarat bernombor

Hari ini, pagi-pagi dah menyaksikan kemalangan. Di Putrajaya, di traffic light depan bangunan baru MOT (Ministry of Transportation) ada kereta meluncur laju nak arwah lalu mencium bontot kereta depannya. Sebelum itu kedengaran bunyi brek yang kuat sekali sebelum berdentum, bammmpp.

Tangan aku menggigil sekejap, ye lah kejadian depan mata. Tak depan mata sangat la sebab ada 3-4 biji kereta lagi depan aku tapi kira dekat dengan mata jugak la kan.

Kalau kemalangan yang berlaku di traffic light, puncanya tak lain tak bukan ialah nak mengejar lampu hijau atau lampu kuning. Ada juga yang melanggar lampu merah.

Aku perhatikan di Putrajaya ada setengah traffic lightnya bernombor.

 bernombor macam nih


Ada setengah tempat lampunya yang biasa tu je.

Tapi aku rasa adalah lebih baik pasangkan aje lampu jenis bernombor, senang driver nak agak bila boleh kejar lampu hijau, bila nak stop. Kalau yang jenis tak faham jugak, masih nak langgar lampu merah atau tak sabar sangat nak kejar lampu kuning, memang mengong lah.

Menurut Wikipedia biasanya lampu isyarat terdiri dari tiga warna iaitu merah, kuning dan hijau. Di dalam keadaan biasa,
  • Lampu hijau: Meneruskan perjalanan sekiranya tiada halangan.
  • Lampu kuning: Bersedia untuk berhenti; jika terlalu hampir dengan garisan dan tidak selamat untuk berhenti, teruskan perjalanan.
  • Lampu merah: Berhenti.

Berhati-hati lah yer, dah nak raya ni. Amalkan baca doa menaiki kenderaan.





3 comments:

idzwa kamaruddin said...

baik

Daddy Ziyyad said...

Zaman awalnya traffic light direka, lampu kuning itu sebagai penunjuk arah utk berhenti ( bukan tunggu merah). Semuanya back to mentality...kalau ada akal yg sihat, civic minded, tak perlu nombor pun...nampak kuning, dah patut berhenti.

cinta said...

skrg ramai yg beranggapapan mcm ni:

lampu kuning = bersedia utk pecut
lampu merah = pecut sekuat hati

***
arwah sepupu sy salah sorg korban org yg langgar lampu merah kat Putrajaya.

mak dia (mkcik sy) nmpak jenazah ank terbaring otw nk g keja tp xtau tu ank dia.

lg sedih yg langgar tu ofismate dia.