Thursday, September 11, 2014

green smoothie

Sekarang saya sedang gila minum green smoothie. Dulu masa Miza sibuk tayang gambar green smoothie dia, saya belum terbuka hati nak mencuba. Baru-baru ini jugak la, tengok dalam blog kak Eynda yang minum green smoothie, rasa macam....why not saya cuba.

Godek-godek dalam internet cari resepi mudah, jumpa satu website yang menganjurkan 30-day green smoothie challenge. Menarik! Saya patut cuba.

Saya cabar diri saya sendiri untuk minum green smoothie selama 30 hari (1 bulan). Alah...bukan susah pun. Nak seribu daya. Lagi pun ini pemakanan sihat. Yup, sangat healthy.

salah satu green smoothie yang saya minum, campuran sayur, buah, chia seed, habbatussauda dan madu.


Mencabar juga nak minum green smoothie selama 30 hari. Tapi saya fikir, kalau kita dah biasa kan benda ni, in sha Allah akan jadi mudah dan akan jadi tabiat harian, orang putih kata daily habit.

Dan setakat semalam sudah masuk hari ke-12 saya minum green smoothie. Yakin boleh. Mesti boleh punya.

Kenapa saya suka green smoothie? kerana saya boleh telan sayur, buah dan makanan sunnah lain sekaligus, mentah-mentah dan fresh. Kalau nak suruh saya masak sayur tiap-tiap hari memang tak sempat, jadinya.... buat green smoothie adalah satu kaedah terhebat abad ini.



3 comments:

Sal Bee Yah said...

bagus jugak ni...orang kata nak lagi efekyif minum first thing in the morning

NHA said...

Ada perubahan tak lps minum?

julie shahril said...

salbeeyah: yup seeloknya mnum masa perut kosong

nha: more energy. actually green smoothie ni lebih utk kesihatan dalaman, cthnya, mencegah kanser dan pelbagai penyakit lain, utk sistem penghadaman, kulit etc.