Friday, September 5, 2014

curi gambar

Beberapa hari lepas ada sorang kawan tiba-tiba tag saya 2 keping gambar di facebook. Rupa-rupanya gambar group hiking kami (GGK) dah kena curi dengan salah satu travel agency di Kota Bharu, Kelantan.

Tuan punya gambar ialah Cik Nurul Hafizah.

syarikat travel agency HNH Tour terletak di Kota Bharu, Kelantan.

ini gambar group hiking kami, masa ni kitaorang hiking dan camping di Jelawang Waterfall


Aku pun tunjuk gambar ni pada Fad, Fad pun menyebarkan pada group GGK di wasap. Maka kecoh lah sekejap pasal nih. Nak saman la, nak mintak bayaran la, bla,bla,bla.

Aku pun cerita lah kes ni pada husband aku. Husband aku saja-saja call travel agent tu, minta nak bercakap dengan owner company. Tapi owner takde masa tu, dan husband aku tinggalkan nombor telefon dengan harapan dia akan call semula.

Ya, semalam dia call.

Dato Kamarul tuan punya travel agency tu. He talked nicely to my husband and say sorry for his mistake.

Dia kata, dia upah advertising company untuk buat signboard yang ada gambar kami tu, tak tau pulak advertising company tu main cilok je gambar sapa-sapa dalam internet. Aku rasa advertising company takkan tak tau law macam mana cara nak guna gambar orang lain. You need permission first sebelum menggunakan apa-apa gambar yang bukan hak milik awak.

Owner tu cakap, kalau dia bukak gambar tu, macam leceh. Ye la, dia kena buat signboard baru pulak kan. So dia tanya, ke perlu apa-apa bayaran? Nak berapa?

Persoalan ini harus dijawab oleh Cik Nurul sebab dia tuan punya gambar. Aku dan yang lain sebab dah ada muka dalam gambar tu tak boleh nak buat keputusan sangat. Boleh bagi suggestion je.


Masalahnya, aku tak tahu berapa bayaran yang patut dibayar untuk sekeping gambar seperti itu?


dan ini gambar asal milik Cik Nurul Hafizah. lepas ni kena la rajin letak watermark supaya susah sikit orang nak curi



5 comments:

Aliyyah Aziz said...

assalamualaikum. Sedangkan kawan2 repost gambar milik kita di FB atau IG pun kita dah terasa. Inikan pulak mereka yg mengaut keuntungan daripada gambar milik kita tersebut. Semoga mendapat kata sepakat dalam hal ni nanti ye.

Sal Bee Yah said...

letak watrmark biar besar dan kat tengah.sebab ada designer pandai buang watermark.ni mesti kes malas.patut mintak gambar kat travel agency tu, bukan main google je..huhu

tiga lalat said...

Salam. Hee curi dosa. Tetapi curi hati tidak mengapa.

Dr Singa said...

femes!!

julie shahril said...

aliyyah: wslm. in sha Allah ada jln penyelesaian.

salbeeyah: itulah yg sepatutnya, tp diaorg malas dan nak amek mudah, curi je gmbar.

lalat: aiyyooo...ingatkan sapa la tadi...setelah diteliti..rupanyaaaa...hehe. hamboi...curi hati yerrr

kakizat: hehehehee...femes la sangat...!!!!