Monday, December 22, 2014

Laman Seni, Shah Alam

Laman Seni 2, Seksyen 2, Shah Alam.

Laman seni di wujudkan sebagai inisiatif oleh MBSA untuk mengubah perspektif masyarakat mengenai lorong-lorong belakang deretan kedai-kedai yang selama ini kelihatan kotor, busuk dan tidak indah dipandang mata.

Aku suka. Kalau tak ada lukisan mural yang comel-comel tu, siapa nak masuk berjalan-jalan kat lorong belakang kedai tu kan?

Dengan seni yang kreatif, lorong belakang yang dulunya tak cantik, kini dah jadi comel dan ramai orang datang untuk ambil gambar.

 mural Muamalat Bank

 Pendekar bujang lapuk
model aku nampak sama dahinya dengan Allahyarham P.Ramlee
hahahaa...

 entah lah mesin apa



 bangku dan meja sekolah kayu
cute!!

 ambil gambar dan rotate 90 darjah ok

 hahh tu dia..baring atas meja

 ni pun nak baring atas meja jugak

 ni lagi dasyat....baring bawah meja
dasar anak murid nakal



 bas mini..legend ni..
hanya ada di shah alam

 dah penat jalan-jalan berlakon..
kita beli slurrpy basahkan tekak

 kan aku dah kata...
dasar anak murid nakal
bangun pagi lambat...kan dah lewat datang sekolah..
cikgu boroi dah tunggu dengan rotan tuh



Itu cerita laman seni seksyen 2.

Moh kita ke laman seni 7, seksyen 7, Shah Alam pulak. 

Terletak di Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7. Dekat dengan Jakel. Kawasan ini banyak butik-butik tudung dan pakaian popular macam Pearl Haya, Qaira Hijab, Fareeda...banyak lagi. Kedai makan pun berlambak.


Laman Seni 7, Seksyen 7, Shah Alam.

dulang ke apa entah di kreatifkan jadi macam ni

 model aku...aku yang paksa dia buat gitu..
hahaaa...
sebenarnya mula-mula aku tak perasan lukisan ni pompuan tu baring kat tepi pantai..
dah balik rumah baru paham apa lukisan ni cerita..

 kepada perokok-perokok tegar diluar sana...
nak paru-paru buruk macam ni?
merokok la banyak-banyak

 cawan plastik dikreatifkan jadi macam ni..
comel kan

 model kecik aku tak nak bagi kerja sama..
dia mengaruk nak tidur..
asik merengek sepanjang jalan....mak dia nak feeling-feeling tengok lukisan pun tak boleh..
hehee.

 ini ramli sarip barangkali...




 ini cerita kita, cerita kisah keturunan kita,
kisah keturunan pelbagai bangsa yang menjadi penghuni sebuah negara yang diberi nama..
Malaysia..

hashtag lorong belakang
 

 ini kisah ibu orang utan yang menjaga anaknya..

 ini ceritanya..


 3 sahabat...ramli, sudin, ajis..
yang kekal dalam ingatan..
alfatihah..
lagenda yang tiada gantinya dalam dunia seni tanah air..

 di sini lahirnya sebuah cinta..

 aku belajar perkataan baru..
keberadaan maksudnya kehadiran

 hilangmu terus sepi, tiada berita, tiada sebarang tanda..
misteri yang tidak terungkai..
apa kabar agaknya dirimu wahai MH370?

 kon yang dijadikan airkrim

 kalau ada cermin pecah, jangan dibuang..
tampal kat dinding macam ni..
seni tu....seni

 kalau tak ada mural-mural ni semua..
adakah lorong-lorong belakang bangunan ini sudi dihadiri oleh manusia?
mungkin mat pet je yang sudi..

tu dia...
najib dan pinography..
kehkehkehkeh...
saja je kan letak nama pinography...


Kesimpulan, aku suka laman seni. Syabas MBSA kerana berjaya mengubah wajah lorong belakang bangunan yang dulunya sepi menjadi indah dipandang mata.


2 comments:

SalbiahM said...

nasib baik ada model yang sporting..malaysia ni banyak pelukis berbakat.tengok jelah kat jejambat sungai klang kat pasar seni tu.

julie shahril said...

salbiah: cara mcm ni memberi peluang pd pelukis2 nk tunjuk bakat terpendam, ok apa kan.