Tuesday, January 13, 2015

lori berpuaka

Kebanyakan (bukan semua tapi kebanyakan) pemandu lori di Malaysia bersikap seperti puaka. Mereka memandu lori sambil bercakap di telefon, menukar lorong tanpa memberi signal, memandu melebihi had laju dan suka park lori di lorong kecemasan.

Sabtu lepas kereta aku hampir-hampir nak bergesel dengan lori treller panjang. Nasib baik lah ada sikit ruang di highway tu yang boleh aku elak, kalau tak mungkin aku kat hospital, atau mungkin ke kubur.

Bila aku toleh nak tengok driver lori tu, dia sedang bercakap di telefon sambil sengih-sengih macam biawak. Dah lah memandu sambil bercakap di telefon, bawak laju...ada hati nak menukar lorong tanpa beri apa-apa signal. Dia langsung tak angkat tangan tanda minta maaf. 

Sangat berpuaka.

Bukan villa nabila je berpuaka, driver lori pun sama.




3 comments:

Daddy Ziyyad said...

Kat Malaysia ni puaka:

- driver lori
- driver bas
- driver taxi

cinta said...


macam tu mmg puaka. heh.

julie shahril said...

dz: betul tu..ada juga yg jenis disiplin, tp yg berpuaka lebih ramai.

siti: kan..sakitnya hati Allah saja yg tau