Wednesday, January 14, 2015

botak

Aku telah membotakkan kepala si kenit ni, nampak comel pulak, hehe. Dulu dia penakut nak potong rambut. Kalau nak potong rambut, aku kena duduk dan pangku dia atas riba. Tapi baru-baru ni dia ok pulak, tak meraung dah, tak payah nak pangku lagi. Faktor usia barangkali, ada sikit kematangan di situ.

Dan tahun 2015 ini aku telah menyekolahkan dia di Taska Si Comel, presint 4, Putrajaya. Taska ini terletak dalam bangunan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Bila rutin dah berubah, si botak ini meragam sikit nak bangun pagi-pagi sebab kena mandi siap-siap. Sebelum ni hantar rumah pengasuh tak perlu mandi. Jadi memang tiap-tiap pagi aku berdrama dengan dia sebab kena kejut bangun tidur dan pujuk nak mandi. Memang berdrama habis.

Tiap-tiap petang bila jumpa dia aku akan tanya, hari ni belajar apa? makan apa? mengaruk tak? tidur tak? kena buli tak? ke adik yang buli orang?

Jawapan dia, angguk-angguk geleng-geleng. Sebenarnya anak aku ni ada masalah sikit nak bercakap, dia jenis lambat nak bercakap. Dia faham apa yang orang cakap, tapi nak cakap semula tak reti. Sebutan dia entah apa-apa. Boleh bercakap perkataan yang mudah-mudah, selebihnya masih berbahasa alien.

Tapi aku happy sebab dia dah boleh mengira 1 sampai 10. Satu perkembangan yang baik walaupun sebutannya pelat habis. Takpe dik, pelan-pelan kayuh. Perkembangan budak tak sama, jadi jangan sesekali kita membandingkan anak kita dengan anak orang lain. Don't do that ok. Setiap anak adalah istimewa.

new look
2 tahun 3 bulan umurnya kini..
 
pengaruh boboiboy...
'terbaik'...tiru boboiboy




2 comments:

Dr K said...

perrrrghhhhh....
hensem dah bila botak mcm tu...
anak2 saya,saya nak botakkan...tapi mommy nya tak kasi...hahaha

Julie Shahril said...

dz: saya suka dia botak, dia pun mcm selesa selepas dibotakkan, ringan agaknya kepala.