Wednesday, February 18, 2015

Hatyai lagi

Kali ke-2 aku ke Hatyai, naik ferry dari Langkawi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit kalau tak silap. Sebenarnya tak ada tujuan apa pun aku ke sini, kebetulan kawan aku nak beli barang kat sana, dan mereka mempelawa aku ikut sekali.

Jadi aku anggap ini macam short holiday lah.

 tak sah pegi hatyai tak minum teh air special ni
sangat sedap, tengok lah warna dan kepekatannya. just nice masuk dalam tekak. tahap kemanisannya memang ngam-ngam, tak terlalu manis, tak tawar....just nice.

 kemudian macam biasa...isi perut di restoran Chekkar.

Sebelum membeli barang, kami ke Ice Dorm dulu. Sorry aku lupa harga tiket sebab aku serah duit pada kawan aku dan dia yang beli tiket. Suhu dalam Ice Dorm ni -20 deg C.

Mula-mula masuk kitaorang maintain lagi amek gambar bagai. Kejap lagi dah kejung urat saraf. Budak debab tu dah menangis tak selesa dan takut. Budak tu memang macam tu.

 boleh la untuk bawak anak-anak, dan nak rasa kesejukan melampau kutub utara.



Kami stay di Wungnoy Hotel. Bilik ni berharga rm100 saja, selesa dan bersih. Kemudahan macam biasa, ada flat screen tv dengan channel Astro yang banyak, freezer, mineral water dan sedikit makanan, tapi makanan tu kalau makan kena bayar. Hahaa.

 lobi

Wungnoy Hotel

Makanan tu kalau nak makan kena caj ok, bukan free. Tak makan pun takpe sebab aku pun tak tau halal ke tak. Air mineral je free.

Suasana pagi berdepan dengan hotel.

 cable elektrik kat sini memang serabut mata memandang. Tengok lah tu...berselirat sungguh!

 ye ada kereta Malaysia, kereta kembara. Depan tu teksi di sini, comel kan.

 hotel kami belah belakang, tempat park kereta


Thailand terkenal dengan makanannya yang enak-enak. Aku suka Thai food. Selain dari popularnya pulut mangga yang memang sedap, aku buat pertama kalinya makan pulut ayam. Ada sedikit aneh bila dengar pulut makan dengan ayam goreng. Tapi percaya lah, memang sedap.

 kawan aku memperkenalkan kami dengan pulut ayam yang enak ini.
pulut ini dimakan bersama ayam goreng rangup dan ditabur dengan bawang goreng. Ada sedikit sos thai untuk mencicah ayam. Semestinya halalan toyyiban.
Sedap!

Tahun lepas semasa ke Hatyai aku bersarapan pagi di gerai ini juga. Kali ini aku bersarapan lagi di sini. Aku dan suami sangat suka makan roti canai ini. Roti canainya sangat sedap, lembut dan lemak. Walaupun saiznya kecik, tapi enak. Aku suka makan dengan susu pekat manis. Ada kuah kari dan kuah dhal, tapi kuahnya rasa agak pelik.

Tanpa segan silu dan kekononnya fefeeling blogger tegar, aku snap gambar pembuat roti ni. Semua perempuan yang buat.

 Ini lah gerai roti canai, tempat aku bersarapan. Selain dari roti, masyarakat di sini suka makan nasi berlauk pada waktu pagi.

Kami singgah di Home Pro. Ok, aku gila masuk sini. Kau bayangkan macam budak-budak dapat masuk kedai mainan, semua benda dia nak. Macam tu lah aku. Sapa-sapa nak beli barang rumah dari sekecik-kecik benda sampai ke sebesar-besar benda, semua ada di sini dengan harga yang berpatutan dan murah.

HomePro...i'll be back ok.

Satu hari saja aku di Hatyai, petang kami dah gerak balik ke Langkawi, seterusnya kembali ke pangkal jalan ke KL.




8 comments:

idzwa kamaruddin said...

wahh seronok jugak kan cuti santai santai mcm nie.

julie shahril said...

idzwa: seronok juga tapi tak puas berjln sbnrnya, byk lagi tempat x sempat pegi.

tasekM said...

aku jugak yg dh sekian lama tak bercuti...

julie shahril said...

tasek: ko dh patut bercuti..bagi mood blogging tu dtg balik.

cinta said...

Seronotnya.. kalau g n ank2 xde ragam pelik yang menguji kesabaran n kekuatan jiwa. Heheh..

julie shahril said...

siti: zhareef pon meragam, mak pak dia kena byk2 sabar...kitaorg penat sbb layan kerenah dia, bukan penat berjln.

Dr Singa said...

ko memang suka gi sana kan!!?? :)


apesal dak zhareef isap puting lagi!!

julie shahril said...

kakizat: bukan suka kak, tapi ada misi...hehee

dak zhareef susah sket nk buang puting tu, tapi waktu siang kita kurangkan, mlm memang dia carikkkk...kalo tak susah nk tido.