Monday, April 27, 2015

ohrid

Aku sebenarnya terkesan dengan cerita pengembaraan Sick Siders Malaysia (SSMY) bersama seekor anjing yang menemani mereka sejauh 170km di Macedonia. 

*Mata masuk habuk*

Aku tak tahu kenapa, tapi aku sangat terkesan dengan kisah Ohrid tu. Selalu aku terfikir, bagaimana la nasib Ohrid sekarang.

Ohrid -  nama anjing yang diberi oleh 3 anak muda Malaysia sempena nama tempat Ohrid di Macedonia.

Dan terus aku teringat kisah Ashabul kahfi di mana 3 anak muda (ada yang mengatakannya 7 anak muda) bersama seekor anjing yang telah ditidurkan oleh Allah swt selama 300 tahun didalam sebuah gua kerana melarikan diri dari pemerintah yang zalim.

Mungkin 2 kisah itu jauh berbeza, tapi melibatkan binatang yang sama iaitu anjing.

Semoga SSMY berjaya menemui Ohrid semula dan selamat kembali ke homeland tercinta.


SSMY bersama Ohrid
pic credit to The Vocket




5 comments:

cinta said...

tiba-tiba ade hingus dalam hidung.

julie shahril said...

siti: tak bole tgk gmba ohrid mesti sayu je rasa

SuzieLAWAti said...

masuk blog ni pon..... bnyak jugak habuk..... bila bukak link tu....

jerebu ke apa kat Malaysia ni.... :( ....

julie shahril said...

cpl: skg mmg musim jerebu byk habuk....habuk yg menginsafkan, yg mengingatkan pd persahabatan.

Dr Singa said...

tu laaa..
mana lah si ohrid tu..