Showing posts with label Uncategorized. Show all posts
Showing posts with label Uncategorized. Show all posts

Tuesday, December 15, 2015

15.12.15

Sebenarnya entry ni nak mengenang tarikh cantik hari ni, 15.12.15.  Pantang ada date lawa sikit mesti nak simpan kenangan la konon.

Sebab takde apa nak cerita, aku letak lah gambar ni, aku jumpa kat fb.

Cute kan.






Gambar last sekali tu aku edit sendiri, hahaha. Gambar Zhareef masa baby, debab gebu gebas.  Sama kan muka dia dengan kartun tu. Kartun apa ntah, aku lupa.


Tuesday, September 8, 2015

Apa yang aku cari

Aku lihat kiri kanan semua orang berkerja dari awal pagi hingga lah matahari hampir terbenam, semua mengejar dateline, pangkat, duit. Siapa tak nak duit kan..

Di akhir tahun, pasti ada muka-muka yang menguntum senyum, ada juga yang masam mencuka, sebab appraisal tak memuaskan hati mereka. 

Benda ni akan sentiasa berlaku setiap tahun.

Sebenarnya apa yang mereka cari?

....dan aku selalu bertanya diri aku sendiri, apa yang aku cari selama ni? Bertahun mengabdikan diri dalam dunia kerja.

Apa yang aku dapat?

Entah. Kosong.

Aku dah bosan.

Kita berkerja untuk orang, sebab tu kita susah nak dapat apa yang kita nak.

Monday, April 27, 2015

ohrid

Aku sebenarnya terkesan dengan cerita pengembaraan Sick Siders Malaysia (SSMY) bersama seekor anjing yang menemani mereka sejauh 170km di Macedonia. 

*Mata masuk habuk*

Aku tak tahu kenapa, tapi aku sangat terkesan dengan kisah Ohrid tu. Selalu aku terfikir, bagaimana la nasib Ohrid sekarang.

Ohrid -  nama anjing yang diberi oleh 3 anak muda Malaysia sempena nama tempat Ohrid di Macedonia.

Dan terus aku teringat kisah Ashabul kahfi di mana 3 anak muda (ada yang mengatakannya 7 anak muda) bersama seekor anjing yang telah ditidurkan oleh Allah swt selama 300 tahun didalam sebuah gua kerana melarikan diri dari pemerintah yang zalim.

Mungkin 2 kisah itu jauh berbeza, tapi melibatkan binatang yang sama iaitu anjing.

Semoga SSMY berjaya menemui Ohrid semula dan selamat kembali ke homeland tercinta.


SSMY bersama Ohrid
pic credit to The Vocket




Monday, September 15, 2014

ok

OK adalah perkataan orang putih yang paling pendek ejaannya.

Tapi orang Melayu dah memendekkannya lagi..

menjadi...

K...


k bai...

hihuhihuhihuuuu...

Tuesday, August 5, 2014

boikot




Isu boikot produk Israel adalah hak individu. Ada orang yang memang pukul canang 1 malaya bahawa dia boikot barang itu, barang ini, dan sama-sama mengajak orang lain pun boikot bersama-sama. Itu tak kisah lah.

Tapi, ada orang yang terlalu obses sehingga memandang sinis bila nampak orang lain makan Mc.D, snap gambar dan upload dalam facebook, mengutuk mengata bagai. Dia lupa ke facebook tu pun milik Mark Zuckerberg yang berketurunan Yahudi, cuma aku kurang pasti lah facebook ada hantar dana pada negara Israel ke tak.

Ada juga yang obses, terus buang segala minuman dan makanan, barang mekap yang datangnya dari produk Yahudi atas alasan nak boikot.

Bukan macam tu caranya.

Yang mana dah terbeli tu, habiskan aje, tak perlu nak buang. Membazir itu kan amalan syaiton. Lepas tu jangan beli lagi. Kalau dulu-dulu pakai mekap Mac, tukar aje kepada SimplySiti, atau Rona Sutra atau Sendayu Tinggi.

Boikot ikut kemampuan, bukan ikut perasaan. Terlalu banyak produk Yahudi yang kita dah telan dari kecik, tepek kat muka, pakai di badan. Memang terlalu banyak sampai tak terboikot rasanya. Jadi, kita boikot ikut kemampuan dan produk yang mana paling besar sumbangannya kepada Israel. At least...kita cuba, kita boikot juga walau bukan semua. Kalau dapat boikot semua lagi bagus, alhamdulillah.

Masa ni lah aku rasa kita boleh follow saranan Tun M mengenai dasar pandang ke Timur, dan barangan buatan Malaysia. Tapi barangan buatan Malaysia jangan lah jual melampau-lampau mahalnya, contohnya kereta buatan kita sendiri, macam tak berbaloi harga dengan kualiti. Nak suruh orang support produk sendiri, kena lah jaga kualiti, baru orang puas hati...kan,kan.






Monday, January 6, 2014

back to work

Dah tahun 2014 rupanya. Hihi. 

Aku baru balik dari cuti yang panjang. Dah lama aku nak cuti panjang macam ni. Ianya seumpama terapi untuk aku. Terapi minda, walaupun takde lah tenang sangat tapi boleh la.

Tahun 2014 ni aku takde azam. Aku dah malas nak memasang azam yang tinggi macam tahun-tahun sudah, sebabnya takde satu azam pun yang aku tunaikan. Kadang-kadang aku rasa macam hipokrit pun ada, menipu diri sendiri pun yer jugak. Kahkahkah.

Jadi tahun ni biar lah azam tu tersimpan dalam hati saja. Tak payah nak tulis berjela-jela kat sini atau nak bercerita panjang lebar kat orang. Kang kalau tak terlaksana sendiri malu. Hehe.

Mood sekarang nak tidur je. Almaklum lah baru balik dari bercuti kan, penat pun belum habis. Nak taip entry ni pun berat rasa jari, apatah lagi nak pilih-pilih gambar. Huhuuu.

Putrajaya--->Sabah--->Putrajaya--->Cameron Highland--->Kampung (Endau)--->Putrajaya.

Itulah destinasi percutian aku.

Penat!

Nanti aku bercerita, tu pun kalau ada orang nak baca. Ngeh3.

Tolong doakan aku jadi rajin. Muahahaaa.

Tuesday, September 3, 2013

simple maths

Jom kita belajar kira-kira.

Harga minyak dulu : RM1.90/liter
Tangki kereta Myvi 1.3cc : 40L

RM1.90 x 40L = RM76 seminggu. 

Harga minyak sekarang : RM2.10/liter

RM2.10 x 40L = RM84 seminggu.

RM84 - RM76 = RM8

Beza RM8 duit minyak untuk seminggu.

1 bulan ada 4 minggu, so;

RM8 x 4 = RM32/sebulan

1 tahun ada 12 bulan, so;

RM32 x 12 = RM384

RM384 lah duit minyak yang aku kena lebihkan setahun. Nampak macam tak seberapa, tapi bagi aku nilai tu besar untuk aku yang bertaraf 'miskin bandar'.

Ni untuk pergi/balik keje aje, belum lagi nak jalan-jalan dihujung minggu, balik kampung dll. 

Oh ya, duit tol lagi.


Arghh, malas fikir. ok bai.


 





Monday, July 8, 2013

saya rindu kawan saya

Saya rindu kawan saya.
Kawan hiking.
Kawan gosip.
Kawan mengadu masalah.
Kawan baik.

Eh, saya ada kawan baik ke?

Takde.

Saya rindu masa lalu dengan kawan-kawan saya.



#Kenanganituindah#



Sunday, June 30, 2013

annoying

apa itu annoying? 

orang yg suka bagi kata-kata sinis, suka menyakitkan hati, kadangkala dia menunjukkan melalui body language, mimik muka, tak banyak..sikit pun jadi la..janji ko sakit hati!!

mengjengkelkan!

tolong jauhkan aku dari orang yg mcm ni.

Thursday, May 30, 2013

tumpang lalu


Nama saya Saripah Omel. Saya cuma nak beyak je. Tak sangka 40 ribu penonton datang ke stadium hanya untuk tengok saya beyakkkk.....ieeee....

Kihkihkih.


Bola dan politik sama je. Boleh buat orang gaduh. Huru hara. Pecah belah. Yang kaya diaorang. Kita? dapat sakit.

Nasib baik aku tak minat kedua-duanya.




Friday, May 3, 2013

mengundi

One text messaging was appeared on my screen phone. The message came from my old friend.

Guess what topic we discuss in We Chat?





Politic!

I am not interested in politic but I don't know how I can talk about it with her. We have discussed about politics in a non-serious tone.

Tidak beremosi.
Tidak marah-marah.
Tidak terlalu serius.


Chat with her is nice. Dia gonjeng. Dia weng-weng.

Aku suka.


Tidak kira parti apa kita pilih, kita tetap kawan kan.



Banyaknya aku post entry hari nih!



Friday, April 19, 2013

kemalasan

Lately aku rasa tahap kesihatan aku makin merundum. Aku selalu letih, mengantuk, sakit kepala, malas dan tak bermaya.

Aku rasa selain dari tak cukup tidur, mungkin cara pemakanan aku yang menyebabkan aku jadi macam tu.

Siasat punya siasat, aku dah makin kurang minum air kosong. Bukan makin kurang, tapi memang dah lama tak minum.

Dasyat tu.

Aku selalu tengok orang minum air kosong penuh selera macam dia minum ice coffee latte. Macam mana diaorang boleh minum air kosong penuh selera eh? aku nak habiskan satu gelas pun payah.

Masalah aku ialah, aku memang tak suka minum air kosong. Ermm...

Kena ubah cara pemakanan ni. Aku rasa dalam badan dah banyak toksin. Sistem penghadaman pun macam lembab je nak berfungsi. Tapi, selera makan mak aii...sentiasa terbuka. Huhuuu...

Tahap malas aku sampaikan nak update blog pun malas, apatah lagi nak buat kerja lain.

Huuuuhhh....





Wednesday, April 3, 2013

bila ada keje tapi bosan+malas nak buat

Actually aku nih dah tak berapa aktif berfotografi, kat rumah hanya amek gambar anak je, tu pun tak ada setting apa-apa. Malas+tak reti nak setting.

Ada masa-masa tertentu aku melayan aktiviti CPL berfotografi. Dan lihat lah rupa aku bila muka aku ni dijadikan background subjek...er...dijadikan bokeh juga.

 kan...
aku punya la senyum,
rupanya muka aku jadi background untuk sang gajah apa benda ntah tu semua..

 ini pun..
tapi aku akui lens ni memang cantik.

 lepas tu mari lah kita amek gambar diri sendiri..

pastu edit masuk dalam Instagram..
kihkihkih

 gamba tong sampah pon ada..
BB aku dalam kenangan..
ada lagi fon tu...
hantaran kawen tu mana bole biar gitu jek..
cuma kena repair sket bagi hilang biul..  

biasanya kami akhiri dengan mengambil gamba berdua..



Monday, March 25, 2013

resepi kejayaan#1 - disiplin

aku baca dalam buku pasal disiplin, penulisnya seorang tokoh agung yang aku kagumi. beliau seorang yg mementingkan disiplin kerana itu lah resepi kejayaannya dimata dunia.

sedikit sebanyak aku dapat semangat dari penulisan beliau..walaupun aku rasa memang berat untuk aku ikut semuanya. minda aku pun sedikit terbuka. aku tak boleh jadi seperti dia kerana orang seperti dia hanya satu dimuka bumi ini.

bukti aku tak boleh nak berdisiplin.... semalam aku dah niat nak puasa sunat...tapi pagi tadi dah minum nescafe panas beserta kuih 3 ketol. bukan salah alarm tak berbunyi nak bangun sahur...tapi salah diri sendiri yang tidur balik lepas alarm tu bunyi.

kan aku dah kata aku memang susah nak berdisiplin.

pokok pangkal pada hati...hihi...ok aku cuba lagi esok.

Wednesday, February 20, 2013

Perangkap Kehidupan

Tiba-tiba aku teringat kata-kata seorang kawan...berbunyi begini:

"Beli rumah dan kereta adalah satu perangkap kehidupan"

Aku cari makna kata-kata dia tu, apa yang aku faham ialah, bila kita dah beli rumah, kita akan menanggung hutang lebih kurang 30 tahun. Kalau beli kereta, maksimum kita akan berhutang ialah selama 9 tahun.

Dalam waktu itu, kita tak boleh takde keje, tak boleh takde pendapatan. Biasa lah kalau dah hidup berhutang, mesti kena ada pendapatan tiap-tiap bulan untuk bayar.

Itu lah yang dinamakan Perangkap Kehidupan.

Tapi...

Rumah dan kereta adalah satu keperluan.....ye tak?

Perangkap pun perangkap la....

In sha Allah....rezeki itu ada dimana-mana, kita kena usaha untuk mendapatkannya.



"Allah tidak akan mengubah nasib kita (hamba-hambanya) melainkan kita sendiri yang mengubahnya"


Tuesday, January 22, 2013

apa pun tak boley

Tolong, aku rasa nak muntah tengok ofis.

Bluekkkkk......gulp, telan balik.


Friday, January 11, 2013

jumaat yg tersangat bosan

Minggu ni aku rasa lambat. Lambat nak sampai ke hari jumaat. Agaknya sebab minggu ni aku keje full seminggu. Nampak sangat minggu-minggu sebelum ni aku rajin ponteng cuti. 

Makin lama aku makin takde mood tengok pejabat.



Selamat berhujung minggu.






Friday, December 14, 2012

blog lain

Feel free to visit my other blog, click here.


Wednesday, December 12, 2012

12.12.12



Aku penat. Kalau dapat santai-santai tepi pantai lega sikit kepenatan ni.



Hari ni 12.12.12.

Mesti ramai orang kawen hari ni kan.
 



Thursday, September 20, 2012

new look konon...

I hate the blogspot new look.

Dah la tak lawa, menyusahkan pulak tu.