Tuesday, June 2, 2015

sempadan johor-pahang

Tengahari berdeting sabtu lepas, sedang dalam persiapan untuk majlis aqiqah Zhareef, keluar ke pasaraya kecik Tunas Manja untuk membeli ayam. Bawak kereta comel aku tu, lalu atas jambatan sempadan Johor-Pahang, pandang kiri dan kanan....

Wahhhh....aku terpegun..

Air sungai Endau warna hijau turquoise!

Tak pernah seumur hidup aku tengok warna air sungai secantik itu. Tak pernah. Kebiasaannya warna air sungai Endau ni berkeladak je.

Sanggup berhenti tepi jalan, berdua dengan adik aku jalan kaki atas jambatan semata-mata nak amek gambar. Panas yang amat!

Snap gambar dengan telefon je, takde makna nak usung kamera masa keluar beli ayam!

Untuk pengetahun, sungai ini bersambung dengan Laut China Selatan.





Endau, aku suka kampung aku membangun, tapi kalau boleh jangan sampai hilang segala 'nature' nya. Aku suka ia kekal begini, baru lah ada feel balik kampung.





3 comments:

cinta said...

suka lah gambar yang first tu.

tak cuba berenang ke?
mcm best jek.

julie shahril said...

siti: err...tak reti berenang, lupa dah cara2 nak berenang. sungai tu bersambung dgn laut china selatan, kalo terjun mmg tak timbul2 gamaknya

tiga lalat said...

memey chantek tenok air sungai hijau bersih takde pencemaran gitu, selalu mcm air teh tarik jak., ;p