Wednesday, June 17, 2015

Taska Si Comel : Sesi Bicara Akademik

Semalam aku cuti semata-mata nak pergi jemputan oleh guru-guru taska Zhareef ke 'Sesi Bicara Akademik' Taska Si Comel. Budak taska pun dah ada sign penyata sekarang. Hahaha.

Lokasi diruang legar bangunan MOA (Ministry of Agriculture), presint 4, Putrajaya.


 sempoi je ucapan selamat datang

 depan aku tu teacher Zhareef, nama dia teacher Ema

 macam tak percaya aku dah jadi mak-mak yang datang sekolah anak untuk sign penyata

Ini lah penyata budak-budak taska, sekeping kertas je pun. Masa exam pertengahan tahun haritu, ada 3 subjek. 2 subjek Zhareef dapat B, 1 subjek dapat A. Budak taska pun ada periksa macam ni...kau hado? aku tak berhenti gelak sepanjang jumpa teacher dia.

 Subjek Bahasa Melayu, tengok markah dia dapat..hehe,
dapat B

 Subjek Pre-Writing , yang ni dapat A

Subjek Bahasa Inggeris
dapat B

Bukak sikit kertas periksa budak nih...haaa...tu diaaa...macam mana aku tak gelak..memang macam ni lah dia mewarna. Teacher dia kata, periksa ni bukan apa sangat pun, cuma nak tengok macam mana dia pegang pensil/pensil warna, macam mana cara dia menyebut...tu je. Ye la kan, budak playschool yang baru umur 2 dan 3 tahun, baru nak mengenal ABC dan 123.

Entah-entah diaorang pun tak tahu apakah erti peperiksaan ni...hihi

Yang ni subjek Pre-Writing, yang ni la dapat full mark, dapat A. Teacher puji dia buat garisan huruf Z tu tegak, lurus tak bengkok pun. Syabas mera metaaa...

Sesi bicara akademik ini bukan untuk sign penyata semata-mata, tapi lebih kepada nak berbincang perihal laku anak di sekolah. Teacher Ema kata awal-awal masuk taska dulu dia pemalu, duduk diam main sorang-sorang, tak bergaul dengan kawan-kawan lain, tapi sekarang dah ok, dah boleh bergaul dan bermain dengan kawan-kawan. Bila nak susu, dia pandai mintak, dia kenal mana satu botol susu dia, dia kenal beg sekolah dia.

Bila teacher Ema kata dia pemalu, lagi berdekah lah aku ketawa. Kalau kat rumah kemain dia garang, kat sekolah pemalu rupanya, hehehe. Sikap dia di sekolah takde masalah, mendengar kata, cuma dia lambat sikit nak bercakap, berat mulut.

Sebenarnya Zhareef memang kategori budak lambat bercakap, sampai kena jumpa speech therapist. Tapi takpe, ajar dia slow-slow untuk bercakap, pelat tu memang pelat, lagi-lagi kalau dia mengira 1 - 10....mengekek-ngekek aku ketawa.

kawasan belakang taska Zhareef, aman je.


Teacher Ema kata Zhareef kurang fokus. Yup, memang betul tu, kalau kat rumah pun dia macam tu. Asik nak main je. Tapi dah memang dunia dia bermain, kena ajar dia sambil bermain lah. Contohnya, sambil turun tangga, kira 1 sampai 10. Sambil main-main kat rumah, sebut ABC...ulang-ulang banyak kali sampai dia marah sebab bosan, hahaha.

Zhareef, you're just a boy who only 2 years and 8 months old. You have ample time to learn a lot of thing in your life, so take your time ok. I will always support and guide what is the best for you, I promise In sha Allah.




4 comments:

cinta said...

toddler kalau dpt buat garisan lurus mmg satu pencapaian yg boleh dibanggakan.
sy nyer session weekend ni. dua cikgu nak ngadap ni. hehe.

tiga lalat said...

gmbr no 2 dari atas tu kenapa air tu tumpah cikgu., harhar2 meleleh leleh basah lantaii

julie shahril said...

siti: agak memberangsangkan la garis lurus tu, mama dia pon terkesima..hehe. tapi mewarna hancur...kena praktis lg.

julie shahril said...

wak: mne ada air tumpah...tu agaknya sisa2 air sblm saya dtg...hehee...sapa la punya angkara tu...tumpahkan air...