Friday, June 12, 2015

Home Birth

2-3 menjak ni aku banyak terbaca pasal home birth, aku baca blog ibu-ibu yang memilih home birth dan menolak untuk bersalin di hospital.

Pada aku, itu hak masing-masing. Pada yang memilih untuk lakukan home birth, pastikan anda cukup ilmu, ada semangat yang kental dan make sure ada plan B in case terjadi sesuatu yang tidak dijangka.

Rata-rata kebanyakan ibu-ibu memilih home birth adalah kerana faktor:

- nak menjaga aurat ketika bersalin
- menolak segala bentuk ubat-ubatan hospital, mesin ctg, induce, epidural dan segala-galanya berkaitan dengan ubat-ubatan.
- nak rasa lebih selesa bersalin dirumah sendiri, bebas nak berjalan, makan, minum, baring, berdiri, pergi toilet.
- mengelak daripada bayi di kenakan suntikan vaksin

Home birth ini ada pro and cons. Kita tidak perlu sampai nak bergaduh dilaman sosial semata-mata nak menegakkan bahawa kita lah yang betul. Sebabnya, ada sorang doktor di FB stress sebab dia kena bash bila dia up status mengenai home birth.

Pada aku, dah menjadi tugas seorang doktor untuk memberi panduan dan khidmat nasihat pada ibu-ibu yang memilih home birth. Tapi malangnya, dia kena hentam. Kepada ibu-ibu yang memilih home birth, jangan lah hentam doktor macam tu, kalau betul pon awak pilih nak bersalin dirumah, terpulang lah, cuma yang dibimbangkan jika terjadi sesuatu masalah besar pada ibu atau bayi. Contohnya, tumpah darah atau jangkitan kuman. Kerana memang dah ada kes sebegitu. Sebab itu kena ada plan B.

Memang betul, dulu-dulu nenek-nenek dan moyang-moyang kita ok je bersalin dirumah, hidup sampai sekarang. Banyak aku baca ayat-ayat macam tu. Tapi, kena kaji juga kadar kematian ibu dan bayi dizaman nenek-nenek kita dulu.

Cuma, aku suka nak cadangkan agar di Malaysia ini terutamanya di hospital kerajaan akan ada lebih banyak doktor perempuan supaya ibu-ibu merasa selesa ketika bersalin.

Bagi diri aku sendiri, aku faham bahawa doktor lelaki bukan saja suka-suka nak seluk hok kita punya tu masa bersalin, diaorang kena jalankan tugas. Masa aku bersalin dulu ada sorang doktor perempuan dan sorang doktor lelaki yang jaga. Kalau lebih ramai doktor perempuan, itu lebih baik.

Home birth ni sama macam kes vaksin, terpulang lah pada mereka nak memilih atau menolak, cuma kalau boleh hormatilah pendapat dan pilihan orang lain tanpa perlu bergaduh dengan kata-kata yang kurang enak didengar.


 

3 comments:

cinta said...

Masalah bila ramai nak jadi doktor segera.
dan masalah juga bila hati penuh berprasangka dan prejudis.

Mungkin tujuannya bagus tapi caranya tak kena.

Senang cerita, serahkan saja pada yang pakar.

Er, saya pilih hospital. Doktor pmpuan shj. hee..
dan saya pilih vaksin. Eh, kecuali rotavirus.

ttg rotavirus boleh rujuk sini:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-vaksin-biothrax-dan-vaksin-rotateq-yang-menggunakan-unsur-babi-dal

julie shahril said...

siti: saya pon pilih hospital, masa bersalin 1st doktor yg check ialah doktor perempuan Islam, kendian baru ada doktor lelaki Islam. Malu memang malu sbb doktor lelaki, tapi tawakal aje lah dan tahu itu tugas dorang.

SuzieLAWAti said...

saya lahir kat dalam spital kem askar .. sipi2 bilik mayat... #tetiba.. hahahaaa..

nak bersalin kat mana pon boleh bersalin... kan kan..,

macam siti ckp la.,. serah pada yg pakar..!!

terfikir juga.. klu kata ade berlaku pape.. contoh anak yg nk dilahir kan songsang .. camner eyh...
dan tetiba kena operate.. anak tak leh nk kuar normal ke..

anak jaundis ke... anak lahir lemas ke...

emrrmm... wallahualam..

saya pilih hospital juga..

senang je nak kencing berak.. nak tido guling2 atas katil spital tu...

setakat 4 org beranak... sekali je dr lelaki yg jaga...
yg lain suma dr perempuan ..