Wednesday, November 4, 2015

Walkaton - Pink October, Walk Together

Dah 4 tahun aku tak berkecimpung dalam dunia berlari-lari dan berjalan-jalan. Haritu masa aku ada appointment Speech Therapy di Hospital Putrajaya, aku ternampak ada flyers Walkaton - Pink October, Walk Together anjuran Department of Surgery. Hati aku macam tergerak nak join. Berkobar-kobar.

Aku tanya husband dulu, boleh ke nak join? dia kata pergi lah dan dia willing nak hantar dan amek aku, hehe...yes, yes.

Yuran pendaftaran hanya RM20 sahaja. Register dalam wassap atau page facebook Pink October. Bila t-shirt siap, peserta boleh amek sendiri di Wad Surgery, hospital putrajaya atau boleh amek masa hari kejadian. Aku amek sendiri di wad surgery, tingkat 3, itu lah pertama kali aku naik ke wad surgery, amek t-shirt dengan Dr. Ainal.

Walkaton ini sebenarnya khas untuk kempen kesedaran tentang bahayanya penyakit kanser payudara (breast cancer) dikalangan wanita. Sebab itu temanya warna pink, dan mottonya 'Pink October, Walk Together'.

Untuk pengetahuan semua, kanser payudara adalah pembunuh nombor 1 wanita. Acara sebegini sebagai satu langkah kesedaran supaya kita wanita khasnya mengambil tahu tentang penyakit ini, ambil tahu tanda-tanda awal dan cepat-cepat buat check-up kalau rasa ada sesuatu tak kena pada payudara anda. Penyakit ini boleh kena pada sesiapa saja, tak kira orang dah kawen atau masih bujang. Cari info dan baca.


 si kecik ni belum mandi, temankan mak dia nak ber-walkaton
pukul 7.00 pagi, register dulu 

Apa yang aku suka ialah walkaton ini mesra-keluarga. Maksudnya kita boleh bawak anak kecik dalam stroller, budak-budak pun boleh join. Walkaton kan jalan je, bukan kena lari pun, so boleh lah tolak stroller bawak anak sekali. Acara seisi keluarga. Bayar pun tak mahal. 


Sebelum acara bermula, ada zumba sebagai warm-up, berzumba lah aku sekejap, kelakar pulak. Si kecik ni duk main belon sampai pecah, bila pecah amek yang lain, pecah lagi...amek lagi yang lain.

 alhamdulillah...31 oktober 2015 cuaca sangat cantik dan langit sangat biru.


Route yang perlu dilalui tak jauh sangat, cuma 4.5km, tapi bagi aku yang dah lama membela lemak tepu, terasa semput jugak lah nak habiskan 4.5km tu. Kalau orang lain mungkin sambil nyanyi-nyanyi dah habis berjalan...hahaha. Dan aku suka tengok mak-mak tolak stroller. Aku tak bawak zhareef, sebab nak berjalan feeling sorang-sorang kekononnya.

Ini pertama kali aku join outdoor activity sorang diri. Don't worry, I'm okay. Best jugak layan aktiviti macam ni sorang-sorang sebenarnya. Kalau orang lain boleh travel ke luar negara sorang-sorang rileks je pergi Afghanistan, apa lah sangat join walkaton sorang-sorang kan.
 
Ada khemah disediakan kalau nak minum air atau berhenti berehat, aku tak stop dan tak minum air langsung, bajet gagah la konon. Hehehe.

 Acara bermula di depan Institut Kanser Negara, berakhir di Hospital Putrajaya.

1 jam 5 minit aku tiba di garisan penamat, tak tercapai hasrat aku nak buat kurang dari 1 jam, maklum la..permulaan setelah 4 tahun. Slow-slow kayuh.

Tiba je di garisan penamat, terus dapat medal dan certificate

gambar ni aku amek dari page fb pink october, perempuan bambam tudung hijau kat belakang tu...aku la tu...hahaha


Lepas ni nak join lagi ke acara macam ni? of course la nak....tapi kena tanya big boss dulu dia sanggup tak nak hantar dan amek aku...hihahihahihaaa..



5 comments:

whooz said...

Bestnye Julie! Bila aku nak start ni :D :D :D

cinta said...

Dalam satu jam 5 minit tu apa agaknya aktiviti zhareef dan bapaknya.
Tetiba nak tahu. Hihi.

julie shahril said...

huz: bila dh ready, dan ada org nak jaga hanaan, start la :)

siti: dlm masa 1 jam 5 minit, dua beranak tu balik rumah, big boss mandikan zhareef. pastu dtg balik amek bini dia...kehkehkeh

Dr Singa said...

next

kl towerthon!!
kehkehkehh

SalbiahM said...

hahaha..memang kena ada orang amik.dah walk macam ni, longgar lutut nak drive