Family dari kampung datang, bawa jalan-jalan Melaka. Mak aku kata, kali terakhir dia pergi Melaka ialah ketika usianya 17 tahun, iaitu pada tahun 1976, kira-kira 39 tahun yang lalu.
Lama dah tu. Atas permintaan mak, aku bawa dia ke sana.
Siapa suka sejarah, pergi lah Melaka.
(1) Menyusuri muara sungai Melaka
(2) Muara sungai Melaka, di sini ada hotel bajet dan cafe. Bot cruise akan lalu di kawasan ini.
(3) Tuan tanah dan suami tuan tanah berposing di muara sungai. Boleh la nak fefeling di Italy.
(4) Bangunan Studhuys
Dalam bahasa Belanda, Studhuys bermaksud Dewan Bandaraya. Bangunan ini dibina di antara tahun 1641 hingga 1660, merupakan bangunan Belanda yang paling lama di Timur. Stadthuys digunakan sebagai penempatan rasmi gabenor Belanda, terletak bersebelahan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka. Kini, bangunan ini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi, Galeri
Laksamana Cheng Ho, Muzium sastera serta Muzium pemerintahan demokrasi.
(5) Nampak lelaki berbaju pink tu, dia cari makan dimusim-musim cuti sekolah. Siapa nak amek gambar kena bayar.
(6) Dia tak bagi aku amek gambar, dia suruh bayar, tapi..Oppss...sorry uncle, aku dah terklik gambarmu...kihkihkih
(7) Menara jam
(8) Muzium Sejarah dan Etnografi, mari kita masuk.
Mari kita tengok apa yang ada dalam muzium ini.
(10) Ini bilik rasmi gabenor Belanda. Yang perempuan tu mungkin PA dia aku rasa.
(12) Pengantin dizaman penjajah Belanda.
(13) Matawang zaman dahulu kala. Ada bentuk macam bukit, kura-kura, buaya dan empat segi.
(14) Katil sultan. Di bawah tu adat cukur jambul zaman dahulu.
(15) Di kawasan luar bangunan Studhuys
(16) Dah paras pinggang budak kecik ni rupanya.
(17) Duduk kejap, sedut oksigen sebentar.
(18) Patung Laksamana Cheng Ho
Lepas dah meronda-ronda dalam muzium, kami berjalan kaki ke Kota A Famosa. Mak dan abah aku kepenatan, diaorang mana biasa jalan-jalan macam ni.
(19) A Famosa yang tak perlu diperkenalkan lagi. Ramai betul makhluk musim cuti sekolah.
(20) Anak aku panggil benda ni Kapal Bebang. Bebang pun bebang la nakkk..
(21) Keretapi ni dah jadi kedai souvenir. Boleh masuk beli-beli barang, tapi tak boleh amek gambar.
(22) Ini lah kedai souvenir dalam keretapi. Sebenarnya tak boleh amek gambar, tapi aku amek jugak, aku kan degil.
Honestly lah, aku benci tempat pelancongan yang TAK BAGI AMBIL GAMBAR. Aku anti peraturan macam ni. Dah nama pun tempat pelancongan, kenapa tak boleh amek gambar? kedai souvenir je pun, bukan istana yang dipertuan agong.
(23) Kenapa aku amek gambar ni? Sebab selama ni aku nak tau macam mana kedudukan tayar keretapi dengan landasannya. Hahaha.
(24) Muzium Samudera. Jom kita naik. Ini replika kapal zaman penjajah Belanda, saiz kapal yang asal lagi besar sebenarnya.
(25) Tangga untuk naik atas kapal
(26) Ramainya umat..cuti sekolah kan..
(27) Keadaan dalam kapal
(28) Dalam kapal
(29) Dalam kapal. Budak 2 orang ni macam bosan je kan, lepak-lepak je
(30) Atas kapal, tingkat 2.
(31) Ada bilik kapten di atas ni
(32) Tali sauh
(33) Meja kedai kopi kalau tak silap
(34) Cara membakar roti zaman dulu
(35) Ada basikal merah la
(36) Rumah tradisional Melaka
(38) Tun Teja
.
.
.
.
.
.
Lepas tu ingatkan nak naik cruise, boleh menyusuri muara sungai Melaka. Tapi malangnya ramai sangat umat yang beratur, panjang nak arwah. Maka plan dibatalkan. Bawa orang tua berjalan, kena ikut rentak mereka, kalau ikut rentak aku, aku redah aje. Tapi kesian kat mak dan abah, diaorang mana larat nak jalan lama-lama, nak beratur panjang-panjang.
Jadi, berjalan santai-santai aje.
(39) My family
(40) Muara sungai, suka lepak sini
(41) Perjalanan diakhiri dengan permandangan indah ini...singgah Port Dickson masa balik.
6 comments:
ehh rindu pulak dgn melaka..lama tak pegi sana.
masa ni MPO tak bukak lagi ke..?!
tetiba tanye yg tu pulak.. .hahahahaa
idzwa:pergi lah, tp cuti skolah ni sesak.
cpl: dah bukak dah...ahad lepas gi sana. kita bkn nak soping2, sbb tu takde hati nak ke MPO, sama je mcm pegi JPO, bukan beli apa pun.
Rindu melaka :-)
kak eynda: cuti skolah blom habis ni, pi la jln cuti2 mesia pulak, hihi.
that is too good travelling with your family.
Post a Comment