Monday, February 22, 2016

Flower show - Eco Majestic Semenyih

Ada flower show katanya di Semenyih. Bertempat di Eco Majestic Semenyih, jom lihat apa ada di sana.

Entrance fee: FOC, tapi kena register dulu untuk dapatkan wristband. Wristband tu macam gelang kertas kena pakai di tangan warna oren.

Tempat ini dibuka untuk orang ramai sehingga 06 Mac 2016.

Kami sampai lebih kurang pukul 5 lebih. Cuaca panas terik dan tersangat lah sesak dengan lautan manusia. Pantang jadi viral kat fb, sudah pasti ramai yang terjah kan, termasuk lah aku, hihi.


signboard di pintu masuk
nak kemana dulu? pergi Shanghai dulu lah

 Shanghai Street

macam biasa lah, trade mark negara China sudah semestinya....Tanglong.

 duduk sekejap ditepian sungai ni...(sungai lah sangat) hehe..
kejap lagi kita menyeberang jambatan itu ok..

 kita ke Paris pulak nak tengok Eiffel Tower..

 jalan nak ke Paris sesak teruk..

Diatas jambatan ada tempat padlock. Kepada sesiapa yang bercinta tu boleh lah mengabadikan nama mereka dan pasangan masing-masing.

 Ok, sampai dah di Paris. Mak Jemah nak bergambar pun susah sebab ramai sangat manusia.

 Ini di Amsterdam. Budak kecik tu mengaruk nak masuk dalam kincir angin tu. Mana boleh masuk nak...ada pak guard jaga kat situ tau. Nanti mama kumpul duit, kita pergi Amsterdam betul-betul yer.

 Tak dapat masuk dalam kincir angin, dia mengaruk pulak suruh aku ambikkan payung ni..
haa..sudah...

Ini antara rumah yang aku kategorikan sebagai mewah yang dibangunkan oleh Eco Majestic. Visitor boleh masuk dalam rumah, tapi masa aku sampai, rumah dah ditutup sebab dah petang.

Rumah ni cantik sangat, sayangnya tak dapat masuk. Terkebil-kebil aku tengok design rumah ni...cantiknya...besarnya..sambil telan air liur.

Aku tak pusing habis sebab sesak sangat dan panas, ditambah pulak melayan Zhareef yang merengek mintak dukung. Ada lagi view lain yang cantik, tapi takpe lah...tak larat aku nak berjalan sambil dukung budak ni.

Kami singgah di cafe acah-acah hipster ni. Kononnya nak minum lah air sebentar. Sampai aje di kaunter, air dah habis. Ya, habis Mak Jemah. Aku nak beli Ice Chocolate 3 cawan, yang ada cuma 1 cawan aje. Maka, beli je lah secawan tu, kongsi-kongsi minum.

Nah...harga air. Sebab fikirkan dahaga, beli juga lah walaupun harga macam tak logik untuk saiz cawan yang tak berapa besar.

 Senang hati dapat minum ice chocolate berharga RM10..
hehehe

Flower shownya biasa-biasa aje, cuma yang menarik sebab ada mini Eiffel Tower, ada kincir angin ala-ala di Amsterdam, disamping ada pemandangan yang indah dan permai di kawasan ini. Pandai Eco Majestic tarik orang untuk promo rumah-rumah binaannya. Aku tak nafikan, rumah-rumah disini memang cantik sangat. Harga rumah? Entah lah, tak ambil tahu sebab tak mampu nak beli...hihi.

Untungnya kalau beli rumah kat sini, dekat dengan highway LEKAS, dekat dengan Nilai. Huhuu..

.
.
.
.
.

Dah, jom balik. Kita meredah tempat lain pula untuk hilangkan stress.

Boleh masuk laman web http://ecoworld.my/ecomajestic/  kalau nak tengok atau berminat nak beli rumah-rumah di sana.



7 comments:

Kay said...

dari rumah adik aku nak ke eco hill tu dekat je, kalau lalu situ anak sedara aku pun cakap la dia nak belikan rumah tu utk aku dgn syarat aku tak marah dia hahahaha

aku dh agak dh mesti berpusu-pusu manusia sbb tu la aku sendiri pun malas malas nak ke semenyih... tapi gambo payung ko cantik...

gambo padang hijau nampak rumah tu mcm dlm brochure dgn nota hanya gambaran pelukis sahaja... cantik!

Julie Shahril said...

Kay: wahhh..untungla anak sedara nak belikan rumah kt situ. jgn lupa housewarming jemput kengkawan :)

gambo2 tu aku edit sikit2, yg gelap aku terangkan, maklum ler...snap pkai telepon aje.

Dr K said...

Lepas saya baca pasal event ni di FB, saya dah agak on weekend mesti berduyun umat yg datang...hahahaha....padahal weekend lepas saya kat Nilai, dah dekat dah..maybe saya try pegi on weekdays la...

agak agak sampai tak 1.5 juta harga rumah tu?

Julie Shahril said...

DZ: weekdays selesa sket nak berjln, nak snap2 gmbo pun best. Hampir2 juga cecah jutaan ringgit kot, paling2 tak pun...500-600K. Ada byk kategori rumah kalau tgk dlm website dia, harga pun mungkin berbeza.

zarissani said...

kat semenyih byk lg tempat menarik. tempat pun dh sibuk dn jamed. kalau korang ada urusan atau program di semenyih lenkali, bolehlah menginap di Aznur Homestay@Pelangi Semenyih. Taip Aznur Homestay kat goole, keluarlah. Atau hubungi 017 6371728.

Unknown said...

Harga tiket masuk eco majestic tu brape ye

Ketam merah said...

Sekarang musim covid 19 tutup kan?