Monday, March 21, 2016

Vietnam : Day 5 : Ho Chi Minh City : Shopping dan jalan-jalan

Hari Ke Lima

Hari ini memang diperuntukkan khas untuk shopping di Ben Thanh, dan kalau sempat nak berjalan-jalan sekitar bandar HCMC. Aku belum jelajah pun Bent Thanh, cuma masuk sekejap je tengok-tengok keadaan dalam pasar ni sewaktu hari pertama sampai.

So, let's go!

Aku pergi bahagian pakaian kanak-kanak dulu. Tapi aku rasa harga baju budak kat sini macam sama je kat Pasaraya Borong Kenanga kat KL. Haha. Harga pulak fix price, tak boleh tawar menawar. Menyampah.

Tapi aku beli jugak seluar untuk Zhareef 2 helai.

 Bahagian buah dan kekacang

 Kacang gajus, pistachio, badam dan kacang hijau ada dijual disini

 ini bahagian belakang, pasar basah

Aku geram tengok buah avocado kat sana, besar-besar.

 Bahagian yang menjadi kegilaan perempuan....kain pasang!
Pandai-pandai lah tawar harga yang kita nak sampai dapat.
Berbaloi-baloi sebab murah.

Minah baju hitam seksi tu jual t-shirt, dia ni baik tau. Dia yang tolong aku dapatkan harga murah untuk Vietnam Silk. Budak perempuan baju oren tu, kalau korang dengar dia cakap melayu, pergghhh...nak nanges. Tak ada pelat langsung, sebijik macam orang Melayu.

Aku tanya dia, dari mana belajar cakap Melayu?

"Dari orang Melayu lah"..dia jawab.

Rupanya dia ni jual souvenir macam keychain, penanda buku, apa entah lagi. Tiap-tiap malam dia duk lepak area hotel aku tu, mana tak terer cakap melayu. Memang dah boleh jadi orang melayu dah.

Aku beli Vietnam Silk (sebut: Sutera Vietnam) dengan auntie ni. Auntie ni beritahu aku, ramai orang kena tipu pasal Vietnam Silk ni.

Sutera Vietnam ada 3 jenis:

Sutera Vietnam No.1
Sutera Vietnam No.2
Sutera Vietnam No.3

Sutera Vietnam No.3 paling murah sebab kainnya kasar, keras dan panas. Yang ramai tertipu ialah antara No.2 dan No.1.

Yang auntie tu pegang adalah sutera No.2, tapi ramai peniaga cakap itu sutera No.1. Yang No.1 aku lupa pulak nak snap gambar, harga mahal sikit je dari yang No.2. Tapi aku kurang berkenan design No.1, so aku beli yang No.2.

Dalam banyak kedai yang jual sutera vietnam, dengan auntie ni je boleh bagi murah sikit kat aku, yang lain tak nak bagi kurang walau seringgit pun. Yang kerek pun ada.

Dah penat survey kain bagai, pukul 1 lebih kitaorang balik hotel kejap sebab Zhareef nak tidur. Masa dalam Ben Thanh lagi dia memang dah tertidur dalam stroller. Kesian pulak aku tengok, dah la panas dalam Ben Thanh ni.

Sambil-sambil tu, kitaorang pun boleh rehatkan badan jugak dan buat lah apa yang wajib. Lepas tu, aku turun merayap sorang-sorang dalam Ben Thanh. Husband aku dan Zhareef lepak dalam bilik. So, aku boleh shopping dengan aman...hahaha.

Belah petang sikit, kami merayap cari:

- Independence Palace
- Central Post Office
- Notre Dame Cathedral


Independence Palace

Independence Palace juga dikenali dengan nama Reunification Palace. Ia adalah mercu tanda Ho Chi Minh City. Ia merupakan rumah yang merangkap pejabat Presiden Vietnam semasa perang dahulu. Masa kami sampai, gate dah tutup sebab dah petang. Nak masuk kena bayar dalam 20,000VND kalau tak silap.

 Notre Dame Cathedral


Nama macam gempak, tapi ianya sebuah gereja aje pun. Tempat ni antara tarikan pelancong disebabkan senibina bangunannya yang ada ciri-ciri Perancis. Memang lah bercirikan Perancis sebab yang tukang design bangunan ni ialah orang Perancis. Ianya dibina antara tahun 1863 hingga 1880.

Bersebelahan dengan Notre Dame Cathedral ini ialah Central Post Office.

 Central Post Office


Jam besar dipintu masuk post office

Bangunan Central Post Office ini juga ada bercirikan Perancis


Bangunan pejabat pos ini dibina antara tahun 1886 hingga 1891, direka oleh Auguste Henri Vildieu dan Alfred Foulhoux, tetapi ada yang kata rekaannya dibuat oleh Gustave Eiffel. Entah yang mana satu betul aku tak pasti.

 Yang menjadikan bahagian dalam bangunan ini cantik ialah kerana silingnya.

 Gambar peta Vietnam Selatan 

 Pekerja pejabat pos
Aku rasa macam kelakar pulak masuk pejabat pos semata-mata nak bergambar, bukan nak buat urusan lain...haha



Hari dah kian gelap, kami bergegas pula ke Hard Rock Cafe. Dah jadi macam trend kalau pergi ke satu-satu tempat, mesti nak amek gambar kat Hard Rock Cafe, padahal bukan ada apa pun kat situ. Hehehe.


Masa kami sampai, ada 2 orang lelaki tengah lepak kat sini. Sorang dah awal-awal bangun sebab dia nampak kami nak ambil gambar. Mamat baju hitam ni je yang macam tak faham atau buat-buat tak faham. Takkan nak halau pulak kan, so apa yang kami buat ialah......

"Excuse me, can you please take our picture?" hahaha.

Dia pun tolonglah ambilkan gambar kami bertiga.

 Ini lah gambar yang mamat tu tolong snapkan

Dah lepas ambilkan gambar kami, mamat tu terus beredar. Hehehe. Berjaya juga aku halau dia secara sopan. Kehkehkeh.

Destinasi terakhir kami untuk malam terakahir sebelum balik ke Malaysia esok

Lepas tu kami gigih mencari jalan pulang semula ke hotel. Bab nak melintas jalan memang mencabar gila, tapi alhamdulillah...boleh layan lagi. Masa ni hari dah makin gelap.

 Kami lalu kawasan kedai yang banyak menjual buku.

 Ada patung sedang membaca buku disini, mungkin untuk menggalakkan orang ramai membaca


Malamnya pula, kami buat last minutes shopping. Maklum lah, esok dah nak balik. Ada saki baki waktu, cari lah apa yang nak dibeli. Aku beli buah mata kucing, besar gila. Diaorang ni tanam buah guna baja apa eh?

Buah mata kucing agak mahal, sekilo RM19. Hahaha. Oleh sebab teringin nak rasa, aku beli setengah kilo aje, dekat RM10. Manis gila, tapi isinya tak tebal, harapkan biji je besar.

1/2 kilo mata kucing hanya dapat banyak ini..

 Buah avocado yang besar. Pada asalnya aku nak beli bawak balik, tapi memikirkan takut terlebih berat luggage, tak jadi lah nak beli

 Buah durian pun besar-besar....harga sebijik hampir RM200

 Ni kat area hotel aku. Tengah syok pilih-pilih barang, tiba-tiba peniaga lari sorokkan barang. Rupa-rupanya ada polis ronda-ronda naik motor. Tu ha...2 orang polis atas motor.
Aku curi-curi ambil gambar.

Aku rasa polis ni saja je nak acah-acah...ingatkan dia nak rampas barang-barang yang peniaga tu jual, tapi dia terus blah. Ok, sebenarnya kalau nak ikutkan undang-undang, peniaga tak dibenarkan berniaga di kaki lima jalan. Memang sah-sah salah sebab takde lesen.

 Entah motor siapa dia naik...takpe lah asalkan dia tak merengek. Mama pilih baju, dia main motor.

 Baju untuk anak buah di Malaysia


Ok, setel shopping. Setel semua plan yang dirancang lama, cuma aku ada cancel satu trip iaitu trip ke Mekong. Aku terpaksa cancel sebab tak sempat, dah tak cukup masa. 2 hari aku dah habiskan di Mui Ne, kalau aku pergi Mekong, tak dapat lah nak shopping barang.

Aku rasa tak rugi mana pun skip Mekong trip sebab trip tu cuma tengok sungai je kan (ececehhhh...ayat nak sedapkan hati). Dan aku bertambah gembira bila ada kawan kata...bukan ada apa pun kat Mekong..sungai aje....damai sikit rasa hati ini walaupun sebenarnya agak kecewa juga tak dapat pergi Mekong.

Next time kalau ada rezeki, panjang umur, sampai lah aku ke Mekong tu.

.
.
.

Esok, balik Malaysia :(


6 comments:

Kay said...

kami pun tak p mekong, tak ralat la, sungai malaysia pun kita tak jelajah ngeh ngeh ngeh

bab shopping mmg syurga kan? aku beli sutera vietnam kat pakcik judika, cantik, dia punya je jual ada corak2 cantik... kalau yg lain, mcm kain depan belakang je

Julie Shahril said...

Kay: aku beli yg no.2, yg depan blkg tu je la, corak lain aku x bape berkenan. mental kena kuat masuk ben thanh. tapi kalau tshirt, aku rasa shopping kat malaysia lg puas hati. kalau kain pasang...yesss mmg berbaloi2.

Unknown said...

macam kenall jee..ehehhehe

Matsmile said...

Yg citer sutera vietnam tu mmg xnk bgtau hrg ke @ tlupa nk taip hrg dia?

Matsmile said...

Yg citer sutera vietnam tu mmg xnk bgtau hrg ke @ tlupa nk taip hrg dia?

kak lia said...

Trip ke sg mekong tu bukan hanya tengok sungai semata2, naik sampan yg local kayuh, makan madu n Royal jelly, pegang ular sawa hidup dan shopping kat kilang yg otw ke sg mekong tu murah sangat berbanding di pasar malam Ben thant. T-shirt tak yah tawar rm7 sehelai. Baju kurung, kain pasang murah dlm rm20-30 sepasang.. Next trip pergi la sg mekong, berbaloi