Monday, May 16, 2016

Family Trip : Krabi : Day 1

Ini kali ke-2 aku ke Krabi. Kali pertama 2 tahun yang lepas, tapi trip yang pertama haritu aku buat overland route by car, kali ni aku direct naik flight dari KLIA2 terus ke Krabi Airport.

Kali ni aku pergi berlima dengan mak mertua dan adik bongsu aku. Trip yang santai-santai aje dan semua plan sendiri.

Trip kami start hari ahad (08.05.2016), flight pukul 1.15pm. Sampai Krabi pukul 1.40pm (waktu Thailand 1 jam lewat).

Dari airport terus dapatkan teksi. Tambang teksi 600 baht (rm68). Nak naik bas boleh jugak tapi tak kuasa aku nak berangkut dengan budak kecik kan. Dari airport nak ke hotel di Ao Nang Beach lebih kurang 30 minit.

Oleh kerana kami berlima, kami dapat naik van yang sangat selesa. Kalau kurang dari 5 orang, akan naik kereta biasa. Kat sana mereka mementingkan undang-undang jalanraya, kalau lebih dari 4 orang, diaorang tak benarkan naik kereta sebab dah lebih muatan. Harga tambang sama je 600 baht.

 driver teksi peramah sangat

van yang selesa untuk kami berlima


Kami menginap di White Sand Krabi Resort, hotel bajet terletak di Ao Nang Beach. Macam biasa, hotel book thru Agoda. Aku book 2 bilik Deluxe. 

1 bilik untuk aku, Zhareef dan mak mertua aku, 1 lagi untuk husband dan adik aku.

Petang tu, lepas dah berehat dan buat apa yang patut, kami keluar jalan kaki cari makan. Perut dah berkeroncong tahap lipan bara. Kitaorang cari streetfood je, sebab murah gila dan tahap kesedapan pun boleh tahan.

Mula-mula aku macam risau juga nak makan streetfood, kot-kot la sakit perut ke, tapi aku tengok kebersihan diaorang memuaskan, dan kesedapan pun boleh diterima oleh tekakku. Kalau makan kat restoran mahal, tahap kebersihan pun belum tentu terjamin kan...sebab kita bukan nampak pun diaorang masak macam mana, dapur bersih ke...etc.

Halal food di Krabi bersepah. Kalau streetfood, harga memang murah yang amat, tapi kalau restoran tu faham-faham lah.

Air mangga original memang terbaik. Nasi goreng seafood pun terbaik, sedap sangat. Orang Siam ni suka makan beras yang macam beras jepun tu, agak sticky, jadi bila kita makan nasi akan cepat kenyang.

Nasi goreng seafood memag betul-betul ada seafood, ada udang dan sotong. Tak kedekut diaorang letak rencah, suka aku. Harga sepinggan cuma 60 baht. Air mangga yang sedap tu cuma 30 baht. Adik aku terkejut kenapa harga makanan kat tepi jalan ni murah sangat, kalau kat Malaysia 30 baht (rm3.40) tu baru dapat air teh O ais laici.

Gerai pancake glamour di Krabi yang selalu jadi sebutan..
Pancake Yaminlah
Deretan gerai disini boleh dikatakan semua halal.


Lepas tu kami survey harga pakej pergi Island. 2 tahun lepas, aku dah pergi Phi Phi Island Tour, so kali ni nak rasa pakej pulau lain pulak. Kami pilih pakej 4 Islands. Deretan kedai disini bersepah promote pakej masing-masing, kena pandai-pandai survey harga.

Last-last, kitaorang amek pakej dihotel tempat kami menginap. Mula-mula kitaorang nak amek pakej biasa yang bercampur dengan pelancong-pelancong lain, harga murah siap lunch dan fruits. Tapi...memandangkan kami nak lebih selesa sebab bawak orang tua...dan keadaan aku yang tak mengizinkan untuk lasak-lasak sangat, husband aku decide nak book private boat.

Kami amek Long Tail Boat sebab bot ni tak terlalu laju macam speedboat, sesuai lah dengan keadaan aku dan mertua aku. Kalau pakej biasa campur-campur dengan pelancong lain, harga pakej cuma 400 baht seorang. 

Tapi, sebab booking private, harga mahal sikit, 2800 baht (rm318). Sorang lebih kurang rm63. Makanan kena bawa sendiri, tapi fruits ada. Private boat memang tak provide lunch sebab kitaorang cuma berlima, tak berbaloi diaorang nak bagi makan katanya. Cuma yang best, kita boleh start anytime dan balik anytime. Kita boleh lepak berapa lama yang kita suka...nak lepak berjam-jam pun boleh. Lepas tu boleh arahkan diaorang nak berenti bergambar atau snorkeling berapa lama yang kita suka.

Ok, dah book bot untuk tour esok, settled. Belah malam kami lepak dalam hotel saja sebab hujan lebat. Lepak-lepak sambil makan dan tengok berita Thailand dan tiba-tiba keluar berita pasal IMDB.

Kah, kah, kah.

Ingatkan pergi melancong tak payah tengok muka Pak Jib, rupanya ada jugak.

 


3 comments:

cinta said...

Driver teksi tak tanya kabar pak jib dh kira nasib baik. Hehe.

Julie Shahril said...

siti: bersyukur sgt dia tak tanya...hahaha

Unknown said...

Slm...akk, blh tau x private long tail boat tu akk amik dgn tour agent mane ye? Sy nk pegi bln 1 2017. Survey kt tmpt laen private boat sume mhl sgt. Thanks ��