Friday, June 3, 2016

asik cuti je

Hari isnin depan in shaa Allah, kita semua akan menyambut bulan Ramadhan, dan pada hari itu juga anak aku Zhareef akan masuk wad sebab kena operate telinga. Dalam gegendang telinga dia ada air, dan air itu perlu dibuang. Ermm..dan aku pun akan stay juga di wad untuk jaga dia. 

Harap-harap lah aku larat. For info, currently i'm 11 weeks preggy.

Hari pertama puasa dah kena berbuka di hospital. Lepas operate, kena tidur 1 malam di hospital, esoknya kalau doktor check takde sebarang masalah baru boleh balik.

Kalau tak kerana aku bawa Zhareef jumpa Speech Therapy sebab masalah speech delay tu, sampai sekarang aku tak tahu pun dalam gegendang telinga dia ada air.

Maka bulan ini memang banyak lah aku kena ambil cuti. Nak jaga Zhareef, nak cuti raya lagi, lepas tu nak check-up pulak. Haishh. Nampak gayanya, hujung tahun memang tak cantik lah aku punya appraisal. Penuh dengan cuti je kan...ermmm...

Hanya mereka-mereka yang sealiran dengan aku je faham situasi macam ni.

6 comments:

cinta said...

Yay zhareef nk dpt adik.. k sy faham. We r in d same school. Hee..

Keja hilang boleh cari keja lain. Tp ank xde galang gantinya kan.

Dh tua sok, dh mati sok, ank tu lah harapan kita. Time tu appraisal xdpt tlg dh. Kot pointer appraisal tu boleh top up pointer dlm kubur sok lain la citer.

Yg pnting kita tahu quality keja kita tip top. Lg meletop dr org yg cuti n attendance nya cantik.

Anggap je appraisal kita skrg ibarat gauge yg di tahap belum canggih, xdpt ukur semua bnda dgn tepat n ada byk tpt yg nk kena calibrate.

Lg skali tahniah. Nape ntah tersuka pulak dgn berita zhareef nk dpt adik.

Kay said...

Eh Julie, aku pun tatau kenapa, baru-baru ni aku mcm tertanya sendiri, Julie pregnant ke ye?

Betul rupanya. Tahniah. Semoga ibu dan kandungan selamat sehingga dilahirkan. :-)

gerbera said...

Waaaa.. Tahniah. Seronokla Zhareef dapat adik. Semoga kuat dan dipermudahkan ye.

whooz said...

Tahniah Julie. Baca entry Krabi macam dapat agak :)

julie shahril said...

Terima ksih semua :)

Ibu Lala said...

Sy x pernah pk pun psl appraisal. Yg penting anak anak sihat. Klw terpksa cuti demi anak nk buat cam mn kan. Kat dept sy ni ramai je yg cuti, el dan mc byk.