Thursday, June 16, 2016

Operate telinga dan hidung

Alhamdulillah, proses pembedahan Zhareef berjalan lancar. Dia admitted Hospital Putrajaya pada pagi Isnin lepas (06.06.2016), esoknya operate, dan lusa balik rumah.

Aku tidur di hospital 3 hari 2 malam. Layanan pihak hospital baik, makanan pun boleh tahan sedap, hehe.

Ini pembedahan kali ke-2 untuk Zhareef, 2 tahun lepas dia operate tonsil di KPJ Kajang.

 Masa ni Zhareef tidur dari pukul 1.30 petang sampai pukul 6.00 petang, jadi boleh bayangkan aku punya bosan macam mana. Tu yang siap main selfie-selfie. Masa ni rasa menyesal sebab aku langsung tak bawak apa-apa bahan bacaan.

Ini masa staf hospital hantar makan tengahari untuk Zhareef. Bubur nasi dan lauk pauk. Bab ni ada cerita kelakar sikit. Aku puasa haritu. Aku suapkan Zhareef makan, kalau nak harap dia makan sendiri memang confirm bersepah. 

Tengah syok suap-suap, aku tersuap kat mulut sendiri tanpa sedar dan terlupa yang aku ni sedang berpuasa. Siap cakap kat Zhareef... "Sedap dik, sedap.."

Beberapa saat kemudian baru aku tersedar yang aku ni puasa. Apa lagi, terus bangun berlari masuk toilet kumur-kumur mulut. Lepas tu terkekeh-kekeh ketawa sorang-sorang. Apa punya bengong ntah.

Ni dah malam, dah mandi, dah siap dinner. Masa berbuka puasa hospital bagi makanan untuk aku sekali. Lepas tu, dia sibuk nak makan epal....maka gini lah gayanya, eat apple like a king!

Ini esoknya, dah bersiap sedia pakai baju hospital untuk dibawa masuk ke bilik bedah. Sebelum tu, Zhareef kena puasa start pukul 2.00 pagi. Jenuh aku memujuk dia bila dia mintak susu dan air. Kesian pun ada, tapi nak buat macam mana, dia tetap kena puasa.

Sedih masa hantar dia masuk bilik bedah. Aku yang sama-sama tolak katil, lepas tu kena dudukkan dia atas riba masa doktor nak bagi ubat bius. Aku dan doktor sama-sama pegang dia masa dia dah nak pengsan. Sedih tak payah cakap. Nak menitik jugak air mata tapi aku tahankan aje.

Pembedahan berlangsung selama 1 jam setengah. Aku dan husband tunggu di bilik menunggu. Masa ni aku masih gagah berpuasa walaupun tak cukup tidur.

Selepas 1 jam setengah, kedengaran suara nurse panggil nama aku untuk masuk ke dalam. Maknanya pembedahan dah selesai. Husband aku tunggu diluar.

Kesian dia masa ni, menangis aje. Mungkin dia rasa tak selesa dan sakit tu hanya dia yang tau macam mana. Tak nak lepas pegang tangan aku masa ni.

 Dah masuk semula dalam wad. Masa ni dia masih mamai, antara sedar dengan tak. Last-last tertidur. Husband aku pujuk-pujuk bagi dia tenang.

Masa dia tidur tu husband aku keluar nak cari mainan. Nak bagi dia happy. Petang tu, masa dapat mainan...terus segar macam dapat nyawa baru. Maka, penuh la katil dan meja dia dengan mainan. Takpe lah, asalkan dia tak menangis.

Masa ni darah keluar dari hidung dan telinga, tapi doktor kata itu normal, jangan risau. Kalau berlaku pendarahan teruk masa kat rumah nanti, kena cepat-cepat pergi emergency. Sampai ke hari ni, alhamdulillah takde darah keluar dah.

dah semakin segar

Bilik ini ada 2 katil, bermakna untuk 2 pesakit lah. Tapi masa aku disitu, katil sebelah kosong, jadi boleh lah aku menumpang baring dan tidur dengan selesa sikit, kalau tak masak aku nak kena tidur atas kerusi. Dah la bulan puasa. Itu pun aku cuma tidur-tidur ayam sebab ada masa-masa Zhareef akan terjaga dan merengek.

Lepas bedah ni, aku kena pantau telinga dia dari dimasuki air. Doktor ada masukkan tiub dalam telinga dia, dan tiub itu akan terkeluar sendiri dalam masa kurang 6 bulan. Lepas tiub tu keluar, baru lah dia boleh back to normal dengan aktiviti mandi kolam atau mandi laut.

So, dalam masa 6 bulan ni terpaksa avoid kolam dan pantai. Kat rumah pun mandi kena pastikan air tak masuk dalam telinga. Kat taska aku dah pesan dengan teacher dia supaya petang tak payah mandi, just salin baju je.

Harap-harap lepas ni kesihatan Zhareef takde masalah lagi..aamiin.


5 comments:

cinta said...

Mmmm dap.. dap.. hahaha. Klau smpat mnum air lg best kan. Heheh.

Btw sian lah.. harap2 lps ni sihat wal afiat. Amin.

june said...

Allahu siannya.. gws zhareef. dia buat op camana ek? yg guna camera thru hidung/telinga ke?

Kay said...

Zhareef kidal ke?

Julie Shahril said...

siti: aamiin...harap2 dia sihat dan jauh dari penyakit.

june: yup guna kamera. yg hidung tu rasanya doc guna laser, sama mcm operate tonsil.

Kay: ntah, dia kejap kanan, kejap kiri...masih samar2.

Ibu Lala said...

Kenapa zareef kena operate. Sorry x tau cerita dr mula. Jumpa blog ni pun sbb tgh survey trip ke ho chi minh.

Salam perkenalan. Boleh email sy di rohana.athmad@gmail.com