Wednesday, July 27, 2016

Customer is NOT always right

Sejak buat bisnes kecik-kecik jual bidai secara online, perkara paling lucu dan menyakitkan hati ialah tak lain tak bukan...melayan kerenah pelanggan.

Kerenah 1:
Customer ni ada restoran di Shah Alam, dah elok-elok dia deal nak bidai bertam, kita dah deliver kat dia, tup-tup 2-3 hari kemudian, dia boleh cakap..."Saya rasa saya nak tukar bidai kayu lah". Memang bolayan lah. Kau nak tukar, kau datang lah sini, tak kuasa kita nak pergi Shah Alam semata-mata nak tukarkan bidai dia.

Kerenah 2:
Selalunya terjadi pada customer perempuan. Soalan paling menyampah aku nak jawab..

"Bidai ni ukur ikut unit kaki kan? Er...1 inci berapa kaki yer?"

Alahai, ni kes memang tak reti nak convert atau pemalas nak convert? Kalau lupa nak convert, google je lah, aku pun kadang-kadang google je benda-benda macam ni. Tu pun malas. Semua nak kena suap. Oleh kerana nak menjaga hati pelanggan, aku tolong jawabkan jugak lah.

Kerenah 3:
Customer yang bajet bagus, dia PM di facebook buat ayat macam ni..

"Tolong call saya 013-XXXXXXX, saya nak beli bidai"

Perghhh...kau yang nak beli, aku yang kena call kau? Banyak cantik. Memang bolayan. Aku pun selalu shopping online, tapi tak pernah pulak aku buat perangai suruh seller call buyer.

Kerenah 4:
Customer yang bajet kaya.

"Saya nak beli bidai, rumah saya CONDO di Damansara"

Hehe. Aku tak kesah rumah kau banglo ke condo, janji kau bayar, tu je.

Kerenah 5:
Customer berpangkat Dato' (VIP) lah konon yang sangat fussy, but at the end, part nak membayar...

"Saya bayar 2 kali ye. Hari ni separuh, esok separuh"

Sumpah tak tipu. Speechless aku dengan Dato' ni. Rumah dia memang besar, ada swimming pool, cerewet kemain. Tapi bayar 2 kali...hahaha. Sorry, aku memang nak gelak. Orang marhein beli bidai dengan aku pun terus bayar cash sekali jek, takde hutang-hutang.

Kerenah 6:
Customer yang WAJIB di blacklist. Dia dah order, janji nak datang ambil kat rumah, kita tunggu banyak hari, WhatsApps tak balas, call tak jawab.

Dan dia terus senyap sampai ke sudah. Ini namanya BACKOUT BUYER. Aku saspek dia kena serangan jantung agaknya sampai nak jawab telefon pun tak boleh.

Kerenah 7:
Customer yang jenis tak tetap pendirian.

'Saya nak saiz 6x6, bidai kayu"

Keesokannya, bertukar fikiran pulak...

"Saya nak tukarlah bidai bertam 5x6"

Esoknya, bertukar fikiran lagi...

"Saya rasa nak tukar saiz 6x7 lah, bidai kayu"

Pening tau. Ini jenis customer yang emosi tak stabil, jiwa kacau barangkali.



Itulah serba sedikit pengalaman melayan kerenah pelanggan, dan aku kurang bersetuju dengan ayat 'Customer is always right' sebab tak semua customer tu sentiasa betul, ada kalanya perangai diaorang amat-amat menguji kesabaran.

Tapi oleh kerana kita ni orang berniaga, terpaksa juga meletakkan kesabaran itu ke paras yang maksimum.




4 comments:

Kay said...

sbb tu aku sering meletakkan aku sbg customer jgk... cthnya, kalau aku jual ni, aku sbg customer, aku nak apa? sbb tu kadang2 tak jadi nak jual..

maafkan aku byk tny soalan dlm grup, kdg takleh nak google, sbb tak dpt line 3G di rumah, dpt E, pastu 1 bar je, cemana nak google :-)

julie shahril said...

Kay: ko takde kena mengena dgn apa yg aku cerita ni. knp perlu mntak maaf? bertanya soalan dlm grup perkara biasa, aku pun slalu buat apa, cuma bila kita betul2 berniaga, soalan2 atau ayat2 yg aku dpt kdg2 agak annoying. ada yg kekwat, ada yg jenis tak baca iklan sampai habis pastu tanya benda yg aku dah tulis terang2 kat situ. byk ragam cust ni tau.

aku penah jdi cust, dan skg aku jadi seller, aku dah rasa dua2nya. sbb tu aku faham kedua2 situasi ni. sbb tu seboleh2 aku taknak menyusahkan org masa membeli brg online.

cinta said...

Sabar.. sabar..
*tepuk bahu*

Haha.

Etuza Etuza said...

Asalam..jemput ke blog Etuza ya