Thursday, September 29, 2016

Cameron Highlands : Bunga Raya Chalet

Lokasi: Taman Sedia, Cameron Highlands
Chalet: Bunga Raya Chalet
Owner: Wan Shohaimi
Tel: 012-5380253 (WhatsApps/Call)

Aku book chalet ni sehari sebelum ke sini, suka sangat kan buat kerja diminit-minit terakhir. 

Mula-mula aku tanya Ros Chalet, tapi dah full. Lepas tu tanya Neeza Chalet, tapi setiap kali call tak berjawab. Call Anggerik Chalet, talian tak dapat pulak. Then, tanya Fauzi Homestay & Chalet, sama juga tempat dia dah penuh, jadi dia bagi nombor En. Wan ni, kawan dia juga.

Nasib baik chalet En. Wan still available, sebab chalet ni baru, tak ramai lagi orang tahu.

Weekend lepas tak ada cuti apa pun, tapi kebanyakan hotel dan chalet di CH dah full. Di Brinchang sesak teruk, dah sama macam cuti sekolah. Ni apasal semua datang CH ek?



Ini rumah tuan punya chalet. Chaletnya kat belah belakang rumah sana tu. Harga bilik rm150/night, 1 double bed, 1 single bed.

Cuma jalan nak masuk ke chalet ni agak sempit, kalau bertembung dengan kereta lain, salah seorang kena mengalah. Ini je lah kelemahannya.

Depan rumah owner, ada kerusi dan buai

Owner ni ada kedai makan di Tanah Rata, apa ek nama kedai dia....kedai makan Zainab Sam kot kalau tak silap.

Owh ya, nak pergi ke chalet kena naik tangga, exercise sikit. Hati-hati kalau hujan, licin.

Bilik kami belah kiri, pintu pertama

Ada sofa diluar chalet

Bilik kami, sederhana saja. Yang penting bersih, toilet pun bersih, katil pun ada 2 selesa untuk tidur bertiga.

toilet

TV dengan kemudahan Astro

Meja make-up pun nak ambil gambar ke...ngehh


Sebelum ni selalu tidur kat Brinchang, sesekali nak merasa tidur dalam suasana kampung pulak. Kampung Taman Sedia adalah satu-satunya perkampungan Melayu yang ada di CH. Apa salahnya kita support bisnes bangsa kita sendiri. Dan yang penting, nak makan scone di YZ Agrofarm sangat lah dekat.


Wednesday, September 28, 2016

Cameron Highlands : Ye Olde Smoke House

 
Orang kata scone di Ye Olde Smoke House Cameron Highland sangat sedap. Memang betul lah sedap. Kesedapannya membuatkan harganya menjadi rm10 seketol. Yihaa.

Aku datang ke Ye Olde Smoke House hanya semata-mata nak makan scone sahaja. Itu pun aku cuma order seketol sebab saja nak rasa, sebelum datang sini aku dah sarapan di YZ Agrofarm makan nasi lemak. Owhh ya, tiba-tiba je aku dah ada kat Cameron Highland kan....ini lah aktiviti aku last week. Saja pegi sana sebab nak sejukkan badan. Ahakss!


Sebenarnya kita tak boleh suka-suka nak masuk dan ambil gambar dalam kawasan Smoke House, ada guard jaga di pintu masuk. Ada satu tali dipasang disitu. Yang boleh masuk hanya guest yang menginap disitu sahaja.

So, apa perlu kita buat untuk masuk ke dalam? Pergi bagitahu pak guard, saya nak makan scone kat dalam, and yes, dia bagi masuk. Dan sebenarnya memang aku nak makan scone pun, bukan tipu-tipu tau, tipu dosa. Lepas makan, baru boleh posing-posing, siap pak guard ofer diri nak ambilkan gambar kami bertiga.

Ye Olde Smoke House sangat cantik. 

Luaran lah, dalaman aku tak tau sebab aku tak tidur sini.


Smoke House dibina pada tahun 1937 oleh Douglas Warin. Ia dibina sebagai hotel penginapan dengan kemudahan 6 bilik tidur dengan rekabentuk tudor dan bertemakan English Garden yang nyaman. Disekeliling hotel ini penuh dengan pokok-pokok hijau yang menyejukkan mata.


Ada fountain kecik tempat guest rilek-rilek.

 Hotel yang sengaja dibiarkan pokok-pokok tumbuh memenuhi ruang dinding

 Penuh dengan pokok hijau....agak-agak banyak nyamuk tak?

 Disini ada buaian, ada kerusi yang berlambak-lambak juga

Ada satu lagi buai kat bahagian dalam
Aku tak rasa ini macam hotel, aku rasa macam duduk dalam rumah


Dan tiba-tiba aku rasa nak buat scone sendiri...

Resepi ada dah....buatnya tak tau lah bila... :D


Friday, September 23, 2016

#prayfortehtarikandnescafesusu

Aku rasa agak kritikal bila sesebuah company itu dah mula cut cost macam-macam, bukan buang pekerja, tapi...cut cost air teh tarik dan nescafe susu.

Owh sedihnya.

Apa kata, daripada cut cost teh tarik dan nescafe susu, sila cut juga cost untuk hari sukan atau apa-apa event yang tak penting, event yang kalau tak buat pun, bukannya ada effect apa. Ke event-event tu termasuk sekali dalam KPI diaorang? Entah...

#prayforoilandgas
 

Wednesday, September 21, 2016

Istana Flinstones - Sekakap, Mersing

Aku amek cuti straight seminggu sempena raya haji dan hari Malaysia. Masa dihabiskan di kampung, kebetulan adik ipar bertunang 17.09.2016. So alang-alang cuti teruslah seminggu.

Masa yang ada, menjelajah di kawasan sekitar Mersing. Teringat pasal Istana Flinstones yang orang selalu gembar gemburkan, milik Tuanku Sultan Johor. Lokasinya di Kem Iskandar, Sekakap, Mersing. Kalau naik kereta dari bandar Mersing dalam 10 minit je. Tapi aku dari Endau...so amek masa dalam 45 minit untuk sampai. Drive pun santai-santai.

Kawasan pembinaannya luas, masih banyak yang belum siap. Masa aku sampai, cuaca panas terik. Aku berhenti betul-betul depan pintu masuk, ada pekerja disitu. Oleh kerana ini istana sultan, kena lah mintak izin baik-baik untuk ambil gambar. Aku diberi keizinan tapi tak boleh lama-lama, kena pantas.

Masa berdezup-dezup lah menangkap gambar macam lipas kudung.

 tiang-tiang konkrit terpacak menyukarkan pandangan mata untuk melihat istana flinstones, tapi aku skodeng juga lah segagahnya

 hasil zoom, jadi lah daripada takde

pintu gerbang..
nampak tak pakcik yang berdiri terpacak tu...dia lah yang suruh aku amek gambar cepat-cepat


Then, meronda-ronda disepanjang jalan di Sekakap, lalu tepi sungai, nampak pulak air sungai yang saaaangat ohsem. Cantiknya warna hijau turqoise. Berhenti kereta, turun, berdezup lagi ambil gambar. 

Bukan senang nak tengok warna air sungai ohsem macam ni di Mersing. Dulu-dulu aku pernah melepak kat sungai ni tapi warna airnya tak secantik ini. Rugi kalau tak mengabadikan keindahan ini dalam sekeping gambar.

 panorama view

panorama view


Lepas ni kalau datang sini lagi belum tentu warna air sungai secantik ini.