Wednesday, November 22, 2017

Telefon awam

Semalam, macam biasa pukul 5.15pm aku balik. Di luar hujan lebat, nasib baik bawak payung. Terkedek-kedek lah aku berjalan ke Ampang Park nak naik train.

Tiba di Ampang Park (yang tak lama lagi bakal lenyap), aku seluk poket beg nak ambil kad touch n go. Eh, mana handphone aku? Oh no...where is my phone?

Gelabah siot handphone takde. Sesak nafas ok. Sah, handphone tertinggal di ofis.

Aku kena patah balik ke ofis??? What?? No, no,no.

Dah lah hujan, nak menapak semula ke ofis. WTF. Kan dah tercarut. Wait...aku carutkan diri sendiri sebab cuai. Lepas tu menyesal sebab mulut jahat, lalu aku beristighfar pula.

Maka, menapak lah semula ke ofis, kali ni bukan terkedek-kedek tapi laju macam kaki tak cecah tanah. Dalam hati berdoa moga-moga handphone aku ada di ofis.

Masuk ofis, yes, alhamdulillah, handphone aku ada molek je kedudukannya diatas meja. 

Ok, itu cerita pasal handphone tertinggal. Sebenarnya bukan itu yang aku nak sampaikan.

Hahahaa..

Yang sebenarnya, aku malas betul nak menapak semula ke ofis, kalau tak kerana memikirkan handphone itu penting, nak aje aku teruskan perjalanan balik rumah. Aku terfikir nak cari public phone, nak call salah sorang budak ofis mintak dia ambilkan telefon aku bawak turun bawah.

Wait, mana aku nak cari public phone zaman millenium ni??? Mana? mana?

Tak ada beb!! Tak ada!

Tapi , kalau ada public phone pun, mana aku nak ingat nombor telefon kawan-kawan aku? Semua tersimpan dalam memory telefon. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu, orang duk hafal nombor telefon sorang-sorang. Zaman dulu, siap ada buku telefon kecik, semua nombor telefon ada dalam buku tu.

Dan baru lah aku terfikir bahawa....

Betapa pentingnya public phone disaat-saat terdesak macam ni. 

Dan baru jugak aku terfikir bahawa penting juga kena hafal nombor telefon salah sorang kawan-kawan ofis, at least hafal lah satu nombor mereka.

Kesimpulan yang aku boleh buat:

Orang yang mencipta teknologi, otak mereka sentiasa berfungsi. Tapi, orang yang hanya tahu menggunakan teknologi macam aku ni, otak dah jarang berfungsi. Nak hafal nombor telefon pun payah.

Faham tak?




2 comments:

Kay said...

Aku hafal no tel office.

dan mungkin sbb kebiasaan aku ni kejanya menelefon org, ada nombor yg melekatdalam ingatan aku. kalau silap pun, kedudukan nombor tu la..

aku masih ingt lg no tepon kawan2 engineer aku 10 tahun lepas sbb dulu keja aku menelefon diorg kat site/warehouse.

Julie Shahril said...

Kay: aku hafal no tel husband aku je. tu je satu2nya no tel yg aku paling ingat sbb nombornya senang. nombor lain...ermmm hampeh. nombor mak abah aku pun ingat2 lupa, tapi ingat la jugak.