Monday, November 27, 2017

Ampang Park

Pagi tadi aku menyelesaikan 2 urusan. Pertama, pergi CIMB Bank di Jalan Binjai untuk tukar kad bank baru, setelah dapat beberapa kali reminder dari pihak bank suruh tukar kad, baru lah terhegeh-hegeh nak pegi tukar. Itu pun setelah bank ugut, kalau tak tukar, bermula 1 december tak boleh cucuk duit dah.

Menggelepor lah gua pegi tukar kad. Hahaha.

Lepas tu, pergi renew lesen memandu. Rupanya dah expired dari bulan ogos haritu. Sejak-sejak dah tak memandu pergi-balik kerja, aku lupa terus pasal lesen memandu. Tapi aku harus renew juga in case aku kena memandu disaat-saat terdesak.

Aku sempat tanya kakak kaunter pejabat pos, lepas Ampang Park tutup, pejabat pos pindah mana?

"Tutup terus! takde pindah mana-mana"

Erk!

Lepas ni, kalau ada urusan di pejabat pos, kena pergi klcc.

Sigh.

Lalu aku pun rasa terkesan sebab Ampang Park bakal lenyap. Disini, walaupun harga baju mahal, makanan tak berapa kaw, tapi...disini lah tempat lepak aku sejak berkurun yang lalu.


 Pejabat pos
Selama ni disinilah aku menyelesaikan banyak urusan
senang, jalan kaki je dari ofis

 L-Mart, kedai serbaneka yang jual macam-macam benda
selalu jugak aku beli barang di sini

 Aku pernah beli baju kurung moden kat kedai yang ada patung baju pink tu
tapi sampai ke sudah aku tak pernah pakai baju tu, dan aku pun tak pasti dimana baju tu sekarang


 Kedai menjual kamera dan aksesori kamera
antara kedai yang murah juga
kalau tak silap, owner ni ada kedai di Lowyat

 Maybank
dah selamat tutup....dan sekarang beroperasi di UTM Space
sebelah Ampang Park je
nasib baik dekat masih boleh jalan kaki
 
Kedai makan yang meja putih bersusun tu..
itu kedai Pok Man namanya, selalu lah makan di situ.
Asam laksa dia not bad

 Guardian
ini tempat wajib singgah, seronok siot masuk guardian
daripada takde nak beli apa, terus jadi...eh, terbeli bedak, eh terbeli lipstik!
Kau pakai pelaris apa eh guardian?
hehee..
 
Hampir 10 tahun...lalu lalang di Ampang Park
and you'll be demolished soon
walaupun kau hanya seketol shopping mall lama yg tak berapa lawa tapi sewanya mahal..
kau tetap dalam ingatan!


Bagi yang tak tahu, Ampang Park Shopping Center merupakan shopping mall pertama dibina di Malaysia. Dibina pada tahun 1973 oleh Low Keng Huat Brothers Realty Sdn Bhd. Tempat ini khabarnya akan dibina shopping mall baru dan menjadi transit bagi pengguna MRT dan LRT.




2 comments:

Kay said...

pejabat pos ampang park tu kat mana? ekekeke tak pernah Nampak. Minggu lepas aku hari2 ke Ampang Park. dok lalu lalang nemgok baju. masih mahal jua walaupun ada diskaun kaw2 katanya... tapi baju blouse biasa2 dapat la RM 30.00, sama la rega tempat lain pun.

Julie Shahril said...

Kay: pejabat pos kat tingkat 3, atas dari dunkin donut. Baju2 kt ampang park tu mmg harga mcm tu walaupun dia tulis diskaun kaw2. kalau blouse tgk jenis jugak, kalau design lama dpt la murah, kalau design baru mmg mahal sket.