Wednesday, April 24, 2019

Original Kluang Rail Coffee - Kluang, Johor

Kalau tak kerana balik kampung sebab mak aku sakit, tak merasa aku singgah makan kat kedai lagend ni.

Mak aku warded hospital Mersing sebab ada jangkitan kuman pada paru-paru. Alhamdulillah kini beransur sihat.

Oleh kerana aku balik dari Putrajaya lalu highway PLUS, keluar di Ayer Hitam, maka aku singgah makan di Kluang Rail Coffee. Kebiasaannya aku balik lalu highway LEKAS, lalu Ulu Bendul-Kuala Pilah-Keratong-Rompin-Endau.

Kedai makan lagend ni memang terletak betul-betul dalam kawasan station keretapi Kluang. Dulu kabarnya kedai kopi ni ibarat kantin orang-orang kerja di situ.

Ini lah kedai asal Kluang Rail Coffee. Selalunya dulu-dulu aku makan kat brunch dia di Tesco Ampang.



Kedai kopi lagend ini dibuka oleh keluarga Lim sekitar tahun 1930-an. Sekarang dah ada 4 generasi kalau tak silap aku yang menyambung perniagaan keluarga mereka ni.


 Muka tidak rela di ambil gambarnya

Waktu aku sampai memang timing tak cantik, sebab memang waktu lunch. Ramai orang masa ni. Menyelit je lah mana ada meja kosong.


Menu di sini tak sama macam menu kat brunch. Menu yang ada cuma nasi lemak, bihun goreng, roti bakar (roti kawen diaorang panggil), telur separuh masak....apa ntah lagi, lupa dah.

Portion nasi lemak dan bihun goreng tu kecik je, sebab tu aku order berbungkus-bungkus. Lapo... balik Joho kena cakap Joho la...

Lapo...bukan lapar....hahahaha

 Roti bakar

Roti ni aku order 2 set sebab Zhareef dah bedal aku punya. Dia tu spesis susah nak makan nasi. Suruh makan nasi memang boleh ajak bergaduh.

 Sudah tentu aku akan order kopi ais

 Deko kedai lama yang aku sangat-sangat suka. Sebelah tu landasan keretapi.

Telur separuh masak

Setakat ni ada 2 kedai yang pada aku telur separuh masaknya 'perfect'. Kedai Kluang Rail Coffee dan Warung Bunian kat Kajang.

Harga makanan murah je. Sebungkus nasi lemak baru seringgit lebih. Sorry aku lupa nak snap harga di menu.

 Ini ruang menunggu di luar.


 Tunggu jugak kot-kot ada keretapi lalu.....takde pon

Beli tiket disini
suka betul dengan suasana lama yang masih dikekalkan

 Lengang je masa ni


 Macam biasa, paksa rela ambil gambar


 Ok mood dia baik sikit, boleh buat 'peace'
tapi muka hilang manis


 Mana keretapi ni?

 Semak betol construction kat belakang tu


In shaa Allah, kami datang lagi
mungkin naik keretapi pulak...siapa tau kan...




No comments: