Saturday, January 22, 2022

Cerita vaksin#1

Untuk vaksin covid19, aku mendapat vaksin Astra Zeneca atau research name dia AZD1222. Vaksin ini dibangunkan oleh seorang saintis dan vaccinologist di University of Oxford yang bernama Sarah Gilbert. Beliau jugalah orang yang membangunkan vaksin untuk penyakit Ebola. 

Ramai orang menolak vaksin Astra Zeneca atas 2 sebab:

1. Vaksin paling murah
2. Ada isu gumpalan darah (blood clot)

Kenapa vaksin Astra Zeneca ini paling murah?

1. Kerana Sarah Gilbert menolak untuk paten kan vaksin ini. Beliau juga menolak untuk memperolehi royalti atas keuntungan jualan vaksin diseluruh dunia disepanjang tempoh pandemik. Astra Zeneca membuat persetujuan dengan University of Oxford untuk tidak mematenkan dan dengan itu vaksin ini boleh dijual dengan harga lebih murah.

2. Vaksin ini banyak menggunakan dana awam dengan kerjasama University of Oxford

3. Vaksin ini tidak memerlukan kawalan suhu yang rumit seperti vaksin Pfizer. Proses penyimpanan dan penghantarannya lebih mudah dan ini menjadikan kosnya lebih murah.

Jadi, cerita yang kononnya mengatakan vaksin ini murah kerana tidak berkualiti adalah tidak benar. Kita memang mudah sangat menilai sesuatu yang murah itu tidak berkualiti.

Berkenaan isu blood clot pulak, sebenarnya aku pun cuak juga. Tapi menurut laporan kes blood clot yang dilaporkan adalah sangat sedikit dan jarang-jarang berlaku. Apa yang aku baca dan dengar, semua vaksin ada kesan buruknya, bukan Astra Zeneca saja, Sinovac dan Pfizer pun sama.

Aku dapat kesan sampingan tak selepas mengambil vaksin? Of course lah ada. Kesan paling teruk masa 1st dose sampai aku kena jumpa doktor pakar Dermatologist di Hospital Putrajaya. Nantilah aku story mori yer.

For info, info ini penting.

Kenapa jangkitan covid mudah terkena kepada orang yang baru lepas cucuk vaksin?

Dari apa yang aku baca, sebenarnya macam ni. Selepas kita cucuk vaksin tak kiralah vaksin murah atau kayangan, kita sepatutnya kena duduk rumah sahaja atau lebih tepat kuarantinkan diri sekejap. Lepas kita kena cucuk, imun tubuh kita sedang berada dalam keadaan lemah dan masa ni kita memang mudah sangat dijangkiti penyakit yang disebabkan oleh bakteria atau virus. Masa ni vaksin sedang bertindakbalas dengan sistem tubuh kita. Lebih kurang begitulah, nak cakap lebih-lebih aku bukan belajar medic.

Jadi lepas kena cucuk tu jangan mengada pergi shoping mall ke atau berkumpul buat parteyy. Kau rehat saja dirumah tonton Netflix. Masa ni antibodi badan kita sedang lemah dan sangat senang covid nak attack.

Kesan vaksin pula berbeza untuk setiap individu. Ada yang deman, sakit kepala dan muntah. Ada setengah orang pulak macam tak ada apa, cuma sakit kat tempat cucuk saja.

Next entry nanti aku cerita kesan buruk vaksin masa 1st dose. Aku cerita sekadar nak berkongsi dan sebagai kenang-kenangan, hehe.

No comments: