Friday, January 21, 2022

WFH - pro & cons

 

My workstation at home. Meja kecik jer. Aku pernah tertidur depan desktop ni masa meeting. Ampun yer bos. Mengantuk sangat masa tu. 


Seronok ke work from home (WFH)? Ada seronok, ada yang tak seronok. Tapi bersyukur juga majikan bagi WFH walaupun sebelum ini pernah ada pelbagai isu. 

Untuk perempuan, WFH menjadikan kita manusia MULTI TASKING. 

Dirumah, aku bukan sahaja kena bekerja macam biasa, tapi aku juga kena memasak, basuh baju, layan anak makan dan berak, meeting, dan macam-macam lagi kerja rumah yang tiada kesudahan. 

Aku tak pernah terfikir yang aku boleh meeting sambil masak. Kalau terpaksa, aku akan join meeting via handfon saja, pergi dapur buka loud speaker. Sambil ber meeting, tangan aku laju potong bawang, basuh ayam, blender lada. Make sure handfon tu off kan mic dan kamera. Kau jangan terbuka kamera pulak, pengsan semua orang tengok nanti.

Begitulah rutin aku sejak hampir setahun WFH. Tangan aku dah macam tangan sotong. Sekejap berlari ke dapur, sekejap berlari depan desktop. It’s not easy. Tapi yang bestnya aku bekerja dan ber meeting pakai baju kelawar saja. Tak perlu tudung lilit-lilit, tak perlu pikir baju warna apa nak matching dengan seluar warna apa, tak perlu kalut cari brooch tak jumpa.

Dalam pada seronok WFH, ada juga yang tak bestnya. Tak banyak lah, sikit jer. 

Antara yang tak best WFH:

1. Bila ada colleague yang menganggap WFH ini seolah-olah kau bekerja 24jam sehari, 7hari seminggu. Tidak. WFH tetap mengikut waktu kerja sama macam masuk ofis, 8jam sehari. Kalau kau nak kerja lebih masa, terpulang. Aku pernah dapat call dari seorang colleague pukul 10.30malam bertanyakan hal kerja. Nasib baik masa tu aku belum tidur. Hal ini membuatkan aku rasa kurang senang dan tidak selesa. Tak cukup call aku malam-malam buta, hari sabtu pun dia kacau juga. Walau rajin dan komited macam mana pun kau, jangan ganggu orang lain diluar waktu kerja. Please respect other people privacy. Aku pun selalu bekerja dirumah sampai tengah malam, tapi aku tak pernah ganggu orang lain. Kalau ada benda yang aku nak tanya atau tak confirm, aku tulis note dan tanya esok. Kita masih ada hari esok kalau umur panjang. Kecuali lah kalau kerja tu betul-betul urgent tapi apa benda yang urgentnya kerja ofis aku ni. 

2. Bila WFH bermakna hari-hari kita ada dirumah. Elektrik sentiasa guna. Desktop/laptop on, kipas on, TV on sebab anak-anak ada dirumah. Kalau aku rasa bahang sangat cuaca hari itu, aku akan on aircond. Jadi kau rasa berapa bil elektrik aku? Hehe. Begitu juga dengan perbelanjaan dapur. Hari-hari masak, jadinya beras cepat habis dan barang dapur kena selalu topup. Kalau aku tak masak dan order grabfood, sama juga kena keluarkan kos malah lebih mahal. 

Walau hanya 2 perkara yang aku rasa tak best WFH tapi panjang berjela juga aku tulis. Haha. Kena justify lah bagi orang faham.

Secara keseluruhan aku suka WFH walaupun ada cabarannya yang tersendiri. Sebenarnya WFH ni banyak gangguan dari anak jer, kalau anak-anak aku pergi sekolah elok jer aku buat kerja aman damai. Balik jer Zhareef dengan Rayqal memang ribut satu rumah. Namun aku bersyukur sebab anak-anak aku sentiasa depan mata.

Kesimpulannya, WFH memang menjimatkan duit tetapi…ada tapinya. Sebahagian duit yang jimat tadi tu mengalir ke TNB dan topup barang dapur. Inilah 2 perbelanjaan paling besar. 

Tak apa, aku masih ok. Cuma sekali sekala aku rasa burned out. Bila burned out, aku akan stop buat kerja sekejap dan take a nap. Kasi kepala rest dulu. 

Setiap yang berlaku atau apa saja pilihan kita memang ada pro and cons. Suka tak suka, we have to face it.

For info, ini adalah pandangan peribadi aku based on my experience and what i feel. Situasi orang lain dan skop kerja orang lain mungkin tak sama, so please don’t compare with your situation. Ok tenang-tenang saja.





1 comment:

Kay said...

sempat la merasa work from home utk 3 bulan... aku tak suka, tapi kalau p ofis kena pakai mask.

tapi bila wfh, nak hilangkan bosan, kami selalu call sesama kami borak3... selalu teams tu merah in call je hahaha