Kronologi nak ambil 2nd dose ini berbelit-belit nak cerita, aku pun pening. Aku ringkaskan.
Dermatologist keluarkan satu surat dan form yang menyatakan condition aku dan minta aku pergi ke PPV apabila dah dapat tarikh temujanji nanti. Pergi sana, jumpa dengan doktor yang bertugas di PPV, cerita pada dia apa masalah aku, serahkan surat serta form, minta doktor sana check sama ada aku selamat atau tidak untuk jab 2nd dose.
Ok i did it. Aku dapat tarikh temujanji 2nd dose pada 16 ogos 2021. Aku pergi sana. Doktor di PPV check dan dengar semua masalah aku, aku juga tunjukkan gambar kaki aku yang hodoh itu kepada beliau. Doktor perempuan Melayu. Dia check kaki aku, masa tu keadaan kaki aku dah semakin baik, dalam proses nak pulih. Jadi, dia confirmkan aku boleh ambil 2nd dose tapi bukan hari ini. Kena datang hari lain. Aku kena pergi semula ke hospital untuk bagi semula surat yang menyatakan condition aku selamat untuk disuntik. Faham ke cerita aku ni? Hehe
25 ogos 2021. Ini tarikh temujanji ke-2 aku untuk berjumpa dermatologist. Nak jumpa untuk bagi semula surat itu dan check keadaan kaki aku. Rumit kan hidup ini, demi satu suntikan. Ini semua salah China. Tiber. Satu dunia jadi rumit, kalut dan huru hara.
Esoknya, 26 ogos 2021, aku walk in saja ke PPV untuk cucuk vaksin. Doktor di PPV dah bagitahu, aku tak perlu tunggu tarikh temujanji baru dalam My Sejahtera. Datang walk in saja, tunjuk print screen tarikh 16 ogos haritu dan tunjuk surat doktor kepada petugas.
Maka, termaktub didalam sijil vaksinasi aku, akhirnya aku dah selamat disuntik dos ke-2 pada 26 ogos 2021. Masa ni aku punya takut dan berdebar lain macam. Sungguh, sepanjang aku hidup aku tak pernah rasa takut tengok jarum suntikan. Tapi nak cucuk dos ke-2 ini dia punya nervous memang dasyat. Aku harap aku tak tumbang berselubung dalam selimut macam 1st dose dulu.
Lepas cucuk, aku balik rumah rehat sekejap. Aneh pulak aku rasa macam tak ada apa. Petang tu aku boleh mop lantai dengan penuh gaya, kemas rumah dengan penuh semangat dan tonton Netflix dengan senang hati. Berkali-kali husband aku tanya, aku ni ok ke tak? Tak ada sakit kepala? Rasa nak demam? Kenapa kali ni aku nampak macam gagah perkasa pulak siap boleh mop lantai lagi.
Setelah 1 minggu, 2 minggu…alhamdulillah aku ok. Tak demam, tak sakit kepala dan tak ada sebiji kegatalan keluar dari bawah kulit. Terima kasih ya Allah, Kau bagi aku sihat kali ini. Dia maha mengetahui. 1st dose aku tumbang, 2nd dose aku gagah. Hasil konsisten makan ubat dan sapu 3 jenis krim dikaki, alhamdulillah akhirnya kaki aku dah kembali jelita dan flawless, wakaka.
Aku pun meneruskan kehidupan aku seperti biasa sehinggalah KJ kata, semua kena ambil booster pulak. Ya rabbi, aku fikir dah habis dah cerita vaksin ni.
Belum habis. Perjalanan masih panjang. Omicron pula menjelma.
Tadi aku kata nak cerita ringkas, tapi macam tak berapa nak ringkas pun sebenarnya, hihi.
No comments:
Post a Comment