Tuesday, January 25, 2022

Cerita vaksin#4

Aku dapat tarikh temujanji untuk booster shot pada 10 Jan 2022. Kali ni tak perlu pergi UM tapi cucuk di Klinik Kesihatan Presint 18(1) sahaja. Sekangkang kera dari rumah. Tapi ramainya orang ya ampun, 45 minit baru siap.

Di klinik ini ada 2 jenis vaksin, Astra Zeneca dan Pfizer. Oleh kerana aku dah memang keturunan Astra Zeneca dari awal, untuk booster pun aku dapat Astra Zeneca juga. Tak ramai yang ambil Astra Zeneca, boleh dikatakan 95% penduduk Putrajaya ambil Pfizer. Aku adalah segelintir penduduk Putrajaya yang tersesat dapat Astra Zeneca, jauh pulak tu kena pegi UM masa 1st dan 2nd dose. Husband aku bangsa Pfizer, dia kayangan sikit.

Aku jab booster pagi, petang tu aku sakit kepala macam nak meletop. Aku memang dah standby panadol kat rumah. Nasib baik aku tak demam. Esoknya kepala aku dah ok, dah tak biol lagi.

Seminggu kemudian ruam gatal menjelma semula dikaki, tapi tak banyak, dia keluar manja-manja jer. Lebam pun ada tapi setakat 1-2 saja. Krim sapu yang hospital bagi masih ada, jadi aku sapu je kat tempat gatal, dan aku make sure tak garu bersungguh sangat. Jangan dilayan kegatalan ini, hehe. Kalau nak garu, alas dengan kain. Aku memang trauma nak garu direct dengan kuku. Nanti jadi lagi teruk.

Cerita pasal booster ni biasa-biasa saja, tak sekalut cerita 1st dan 2nd dose. Nasib baik aku masih lagi WFH, jadi lepas cucuk tu just stay at home. Pantau diri sendiri. Setiap kali aku ambil vaksin, aku memang akan apply cuti 1 hari terus. Aku nak rest. Walaupun WFH, aku tetap kena apply cuti macam biasa. Bukan kau boleh keluar ke mana-mana sesuka hati. 

Tapi kalau setakat kau turun kedai bawah rumah pergi beli kicap tak perlu lah apply cuti yer, hehehe.










1 comment:

Kay said...

harap tu je la boosternya. janganlah nak kena tadah lengan lagi.