Wednesday, January 12, 2022

Kata-kata abah#2

Dulu-dulu masa abah masih sihat dan kuat daya ingatan, aku rajin bersembang dengan dia. Macam biasalah, akan ada sesi kaunseling dan tarbiah antara aku dengan abah.

“Kau tau ikatan apa paling kuat” abah tanya.

“Entah!” aku jawab malas-malas.

“Ikatan paling kuat ialah ikatan adik beradik” kata abah.

Dia tanya lagi..

“Kau tau ikatan apa paling rapuh?”

Aku geleng. Masa ni aku bujang lagi tau.

“Ikatan paling rapuh ialah ikatan suami isteri. Bila-bila masa jer boleh bercerai berai. Pukul 2 pagi pun orang boleh bercerai tau!”

Aku angguk-angguk je lah. Dulu aku ni kan bengong-bengong sikit. Apa abah cakap masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Eh tak, aku rasa tak keluar telinga kiri. Ayat ini tetap kekal dalam ingatan, sebab itulah aku boleh tulis disini. Tujuan aku tulis ni pun sebab tak nak bagi lupa. Manalah tau kot-kot aku lupa ingatan, sekurang-kurangnya ada catatan yang aku tinggalkan untuk anak-anak aku baca, wahhh begitu sekali kan.

Aku percaya catatan bertulis ini penting. Seperti apa yang arwah atok aku buat pada sehelai kertas yang ada pesanan wasiat untuk abah. Bukan wasiat harta tapi berupa satu pesanan yang teramat penting yang mana pesanan itu abah sampaikan pula kepada aku.

“Kau jangan percayakan sesiapa kecuali diri kau sendiri. Apa orang cakap, dengar boleh, ikut…belum tentu”

“Semuanya ada dalam kepala kau. Kalau mak abah dah takde nanti, gunakan akal kau untuk berfikir sebaik-baiknya. Cakap makcik ke, pakcik ke, kawan-kawan, bos, jiran…dengar nasihat orang tu boleh, tapi yang buat keputusan itu adalah kau.”

Bila dengar ayat…”bila mak abah dah takde nanti..”

Aku kalah betul dengan ayat ni. Mula lah air mata nak meleleh. Sambil taip ni pun air mata aku bergenang. Segarang-garang aku ni sebenarnya dalam hati ada taman juga tau.

Aku garang? Hahaha

Setakat orang kata macam singa tu dah biasa dengar. Abah aku lagi power, dia kata aku garang macam ular tedung. Muahaha.

Aku bukan ular kaki belit menipu orang ok!



No comments: