Buktinya?
Tengoklah sekarang apa yang ada didepan dan ditangan kita? Mesin, gadjet, peralatan elektrik dah elektronik...siapa yang cipta? Orang Malaysia kah yang menciptanya?
Kau beli smartphone mahal-mahal tu hanya tahu guna je kan? Mesin Thermomix yang harga 7k boleh masak segala jenis makanan tu siapa punya idea?
Aku masih ingat lagi kata-kata pedih abah aku.
"Aku bukan tak suka kau belajar masuk U, tapi yang belajar masuk U tu semua keluar-keluar je kerja makan gaji jer"
Dahulu kala kan, aku macam tak berapa setuju dengan kata-kata abah aku. Aku rasa abah ni dah kenapa benci sangat orang kerja makan gaji? Apa yang dia anti sangat dengan kerja makan gaji ni?
Pastu dia kata lagi..
"Memang tak salah kerja makan gaji, tapi kau tak akan kemana sangat, setakat tu jelah. Kau susah nak hidup senang (baca:kaya)"
Then, dia tarbiah aku lagi..
"Aku nak kau berniaga. Dengan berniaga jer hidup kau boleh senang. Nabi pun dah kata, 9/10 dari punca rezeki adalah dari perniagaan"
“Aku cakap ni sebab aku dah rasa macam mana makan gaji, macam mana berniaga"
Aku tak peduli pun kata-kata abah. Maklumlah dulu aku kan jahil sikit bab-bab macam ni. Konon-konon perasan kerja Engineer ni macam fantastic sangat.
Sekarang, aku menyesal.
Penyesalan paling terkesan masa mak aku nasihatkan aku suruh belajar menjahit.
Mak kata, kemahiran ni boleh buat duit. Kalau kau duduk kat bandar tu, beribu-ribu kau boleh buat duit dengan menjahit tau tak.
Macam biasa, aku tetap dengan ego aku yang terpaling bagus, eh mak ni kerja engineer ok apa.
Haa , sekarang, padan muka aku. Nak sangat kerja macam ni, hari-hari kena push, kena kejar, kena mengikut apa orang suruh.
Sebab itulah aku rasa kalaulah mesin masa Doraemon itu wujud, aku nak pinjam sekejap. Nak patah balik ke usia aku 17 tahun. Nak ambil SPM semula. Hahaha.
It's too late bebehhh..
No comments:
Post a Comment