Tetapi..
Rasuah, dalam apa juga keadaan dan situasi, darurat atau tidak, ia tetap haram.
Rasuah boleh menghancurkan agama, bangsa dan negara. Rasuah boleh mengakibatkan ketidakadilan berlaku, mengambil bukan yang hak. Rasuah seperti penyakit barah, menyelinap didalam tubuh badan, merosakkan organ dan akhirnya memusnahkan keseluruhan sistem yang ada.
Hidup bersama rasuah ibarat menidakkan dan membelakangkan undang-undang yang ada, sama ada undang-undang ciptaan manusia atau undang-undang yang ditetapkan oleh Allah sendiri.
Rasuah perosak segalanya. Orang yang memberi rasuah adalah hina, tetapi yang menerima rasuah 10 kali lebih hina.
Rasuah hanya boleh dibendung jika kita berjaya mengubah keseluruhan sistem secara drastik. Tetapi, bukan mudah nak mengubah sistem. Sedangkan nak ubah sistem pendidikan pun berbakul-bakul kena kecam, inikan pula nak mengubah sistem yang lebih berat dari itu.
Semasa aku masih aktif berniaga bidai, aku pernah bergaduh dengan sorang tauke kedai di Nilai. Bila sebut nama Nilai, apa yang korang fikir?
Terlalu sulit untuk aku ceritakan. Sekarang bila aku baca cerita-cerita tentang rasuah yang berleluasa yang melibatkan orang-orang ternama, aku tak terkejut pun. Malah aku sengih jer.
Kita sengih sambil makan popcorn untuk tonton sinetron 185 episod ini.
No comments:
Post a Comment