Saturday, January 15, 2022

Kata-kata abah#4

Abah dah dimamah usia sekarang. Daya ingatannya pun dah semakin merosot. Apa yang dia cakap dia mudah lupa. Padahal apa yang dia cakap tu baru 5 minit yang lalu.

Sebab itulah aku nak abadikan kata-kata abah disini sementara aku masih punya daya ingatan lagi, maklumlah aku ni pun pelupa juga.

“Kau kena pandai balancekan hidup kau, antara hidup peribadi dengan kerjaya kau” kata abah.

“Kalau kau pentingkan kerja, hidup kau akan musnah. Tapi kalau kau tak bekerja, kau tak boleh hidup” tambah abah.

“Jangan kerana kerja, kehidupan kau hancur” pesan abah lagi.

“Sebab tu lah aku suruh kau berniaga, kerja sendiri. Kau boleh urus masa kau. Kau rasa nak bukak kedai hari ni, kau bukak, kalau kau penat, kau tutup. Kau tak terikat dengan orang lain”

“Cumanya nak berniaga ni kau kena korbankan sikit modal lah. Kena belajar uruskan duit. Kau akan rasa susah sekejap, tapi lepas-lepas tu kau dah senang”
.
.
Abah, your word is powerful. Kerana aku dah nampak kebenaran kata-katanya sekarang. 

Pesanan abah ini berkaitan dengan ‘Work Life Balance’ seperti kisah pemandu teksi yang pernah aku ceritakan dulu.








No comments: