Gambar dari Bernama
Untuk sesebuah negara dinaik taraf sebagai sebuah negara maju, ia perlu memenuhi beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Antara kriteria yang penting ialah:
1. Mempunyai sistem pendidikan terbaik dan bermutu
2. Pembangunan infrustruktur yang sekata untuk seluruh negara, bukan pembangunan hanya di bandar-bandar besar tetapi di pendalaman mundur dan ketinggalan.
3. Jaringan jalanraya yang baik
4. Perkembangan teknologi. Malaysia menghasilkan teknologi apa? Kena tengok semula point no.1, sistem pendidikan pun carca marba.
5. Pengendalian sumber alam yang baik. Ini ialah pertanian. Sesebuah negara harus mampu mengelola sumber alam secara mandiri. Ini mampu menjana pendapatan negara dan meningkatkan ekonomi. Pertanian adalah kehidupan. Kita tak akan mati kebuluran jika kita mampu menghasilkan makanan dari tanah kita sendiri.
6. Membasmi rasuah. Ini masalah berat. Rasuah dah jadi budaya. Rasuah akan menjahanamkan bangsa, agama dan negara. Rasuah telah mengangkat seseorang yang tidak layak untuk mengemudi sesebuah jabatan dan agensi. Rasuah telah membuatkan kita membelakangkan undang-undang kerana kuasa, pangkat dan duit.
Ini sajalah yang ada dalam kepala aku. Point no.2 tu, kalau nak naik taraf jambatan pun susah, bagaimana kita nak majukan benda lain? Inilah maksud aku pembangunan infrustruktur yang tidak sekata.
Di Kuala Lumpur, kita bangga ada Saloma Bridge, ada Menara Merdeka PNB 118, ada TRX dan KLCC. Tapi jauh nun disatu kampung terpencil, anak-anak mengalami kesusahan dan struggle nak pergi sekolah dengan meniti titian jambatan yang hampir nak roboh.
Pembangunan negara kita tak sekata, jaringan jalanraya belum betul-betul sistematik, jalan berlubang pun banyak, ekonomi dan politik tak stabil, dan yang paling penting nombor satu ialah sistem pendidikan yang carca marba.
Segalanya bermula dengan PENDIDIKAN, sebab itu aku meletakkan sistem pendidikan di point teratas.
No comments:
Post a Comment