Tuesday, January 18, 2022

Spesis terancam#1 - Jujur

Dalam dunia berniaga, kalau tak pernah kena tipu maka belum lengkaplah hidup sebagai orang berniaga. Ada seorang kawan aku bagitahu, berniaga ni wajib kena tipu. Barulah lengkap kehidupan. Hehe

Dulu masa pertama kali kena tipu, aku rasa begitu bodoh dan dungu sekali. Lebih-lebih lagi yang menipu itu orang yang kita teramat-amat kenal. Tapi lama-lama baru aku tersedar bahawa itu adalah rencah kehidupan dan ianya mengajar kita lebih mengenali manusia.

Maka benarlah pesanan abah dan arwah atok, jangan mudah percayakan orang. 

Ditipu dengan orang yang tak dikenali atau baru saja kau kenal, itu tidak terlalu menyakitkan sangat, tetapi jika ditipu oleh manusia yang kau kenal, kau percaya, ada pertalian persaudaraan atau kawan yang rapat dengan kau, it’s another level of pain.

Paling kelakar, kawan yang memberi pesanan ‘berniaga ni wajib kena tipu’ pun akhirnya menipu aku, muahaha. Aku tak tahu nak gelak ke nak menangis.

Ditipu oleh orang yang ada tali persaudaraan ini sangat menyakitkan. Bukan sakit sebab kena tipu saja, tapi sakit hati sebab setiap tahun balik raya atau balik kampung akan tengok muka dia. Kalau buat salah pandai minta maaf ok la juga, ini sepatah perkataan maaf pun tak keluar dari mulut. Kalau segan nak cakap maaf depan-depan, teknologi terkini kan ada. Boleh taip kat Whatsapp.

Berat sangat lidah nak minta maaf, tinggi benar ego dalam diri. Habis perasaan kita ni macam mana pulak? Terpaksa lah berpura-pura ok dan senyum padahal dalam hati berbakul-bakul aku maki dia. 

Kesimpulan yang boleh aku buat ialah manusia yang jujur adalah kategori rare. Makhluk jujur ini spesis terancam yang susah nak jumpa. Yang berniaga kena tipu, yang diangkat sebagai menteri pun menipu, pemimpin yang sepatutnya bekerja untuk rakyat jelata pun pembohong. 

Dah tu pada siapa lagi kita nak percaya?

Sebab itu kalau korang jumpa orang jujur spesis terancam ni, appreciate them. 

Dan…

Korang jadilah sebahagian dari spesis terancam ni.






No comments: