Inilah tanah dikampung yang abah bagi pada aku. Keluasan tanah ini 4.3 ekar. Sebulan yang lepas husband aku dah panggil excavator untuk tolak semua pokok-pokok hutan dan ratakan sikit tanah ni tapi sebenarnya tak rata mana pun. Tanah ni berbukit sikit. Sekeliling tanah ini semuanya ditanam dengan pokok kelapa sawit.
Banyak lagi kerja belum selesai. Semalam (Isnin 31.01.2022) aku ke Pejabat Tanah Mersing lagi untuk serahkan borang 14A. Borang ini tanda persetujuan tuan tanah asal untuk menyerahkan dan menukar nama kepada tuan baru.
Reason tukar nama aku tak tahu nak tulis apa, jadi aku biarkan kosong dulu. Masa pegawai Pejabat Tanah check, dia suruh tulis ‘Kasih sayang ayah kepada anak kandung’. Maknanya seorang bapa bagi tanah ini secara sukarela tanpa dipaksa kepada anak kandungnya tanpa bayaran apa-apa. Lebih kurang macam tu lah.
Abah dan aku kena turunkan cap jari. Kemudian aku kena pergi LHDN pulak untuk urusan bayaran duty stamp. Sebelum ke LHDN, aku kena buat fotokopi dulu semua dokumen untuk diserahkan kepada LHDN. Masa ni lah aku rasa bagai nak gila mencari kedai photostat yang semuanya tutup. Maklumlah yang berniaga ni kebanyakannya chinese. Mereka dah cuti untuk sambutan Tahun Baru Cina. Nasib baik jumpa satu kedai photostat Melayu tapi beratur lama juga menunggu turn nak photostat.
Selesai serahkan dokumen kepada LHDN, tapi ini bukan bermakna urusan aku dah berakhir. Belum lagi. Aku kena tunggu notification dari LHDN lagi 2 minggu untuk tahu berapa jumlah duty stamp yang aku kena bayar. Haa begitu lah renyahnya urusan hartanah ni.
Tapi pada aku urusan di pejabat tanah tak renyah mana pun kalau semua dokumen cukup. Yang terpaling renyah dan rasa nak marah bila tak jumpa kedai photostat yang buka, muahaha. Kelakar pulak aku rasa. Kau nampak tak bangsa apa yang menguasai ekonomi?
Aku dah boleh tarik nafas lega sebab urusan di pejabat tanah dah hampir selesai, cuma menunggu bayaran duty stamp dari LHDN, kemudian aku dah boleh dapat geran tanah yang tertera nama aku. Aku rasa dalam masa sebulan lebih aku ulang alik balik kampung tak sia-sia, ada banyak benda aku belajar dan bukan balik cuti semata-mata.
Boleh dikatakan urusan aku berjalan lancar, cuma tu lah…aku geram betul bila tak jumpa kedai photostat yang buka diwaktu-waktu terdesak. Hehehe
Kau nampak tak betapa marahnya aku dengan kedai photostat.. :D
No comments:
Post a Comment