Terjumpa nota kecil tulisan tangan arwah adik perempuan aku. Dia lah orang yang paling menghafal tarikh lahir semua ahli keluarga. Dalam nota itu, dia catatkan tarikh lahir bulan Islam semua orang.
24 Ramadhan, tarikh lahir aku dalam bulan Islam. Aku lahir bulan puasa. Kiranya lahir-lahir jer terus sambut raya, hahaha.
Bila ahli keluarga dah tak ada, jumpa nota kecil tulisan tangan pun aku dah rasa syahdu. Siap ambil simpan dalam purse. Rakaman suara dia dalam Whatsapp pun aku masih simpan.
Dulu masa dia masih hidup, asyik bertelagah jer. Selalu bergaduh bertekak. Bila dia dah tak ada, baru lah timbul penyesalan. Baru lah rasa kenapa dulu kami selalu tak bersefahaman. Kan bagus kalau semuanya boleh diputarkan semula macam mesin doraemon. Ada pintu ajaib, ada mesin masa.
Ahli fizik kata, kita hidup didunia ini bersandarkan kepada 4 ruang masa: 3 dimensi ruang dan 1 dimensi masa. 3 dimensi ruang itu ialah kita boleh bergerak ke depan ke belakang, ke kiri ke kanan dan keatas kebawah. Kita boleh control ruang pergerakan kita.
Tapi..
Kita tak boleh control 1 dimensi masa. Masa kita diatas mukabumi ini adalah linear. Kita tak boleh pergi ke depan untuk melihat masa depan atau patah balik ke belakang untuk melihat masa silam.
Masa dan ruang bersatu tetapi kita hanya boleh control ruang sahaja. Kita tak boleh control masa yang dah berlalu. Dah kenapa tiba-tiba aku kaitkan dengan fakta sains pulak dah, haha.
Aku cuma nak bagitahu, aku tak boleh patah balik ke masa silam untuk mengubah apa yang dah berlaku. Kerana itulah ‘masa itu emas’ kata pepatah Melayu. Hargailah masa yang kita ada. Masa bersama keluarga terutamanya.
Apa yang dah berlaku 1 minit yang lalu pun kita tak boleh kawal…ini kan pula 10 tahun yang lalu. Begitulah betapa berharganya MASA.
No comments:
Post a Comment