2 tahun kita hidup bersama face mask. Dulu awal-awal rasa rimas pakai face mask. Sekarang pun sebenarnya masih lagi rasa rimas dan kadang-kadang macam susah nak bernafas. Kalau sedang beriadah face mask tak wajib pakai tapi dengan syarat jangan lah beriadah secara berkumpulan dan rapat-rapat dengan orang lain.
Apa yang aku nak cakap pasal face mask ini ialah tiba-tiba ada satu perasaan lain bila memakainya. Aku tak tahulah orang lain rasa apa yang aku rasa, atau aku sorang saja yang berperasaan begini.
Aku kan dah biasa kena judge sombong sebab muka aku ini sejenis susah nak senyum. Aku rasa muka aku biasa jer, tapi tak tahulah memang dah azali muka aku macam ni. Abah aku sendiri pun pernah sound, kau ni cubalah rajin-rajin senyum, maniskan muka tu sikit.
Laa, muka aku masam sangat ke? Kawan-kawan aku pun pernah cakap benda yang sama. Muka sombong, muka bengis, muka susah nak senyum. Aku dah hadam dah dengan kata-kata tu. Kalau aku jalan sorang-sorang, aku kena senyum ke?
Jadi, apa kaitan perkara ini dengan face mask?
Ok macam ni. Bila aku pakai face mask, orang dah tak nampak muka aku. Aku senyum ke, aku masam ke, aku sedang menguap ke, aku sedang menjebikkan bibir ke…tak ada siapa yang tahu. Bila pakai face mask, kita senyum kat orang pun kadang-kadang orang tu buat bodoh sebab dia tak perasan kita senyum kat dia kerana muka kita terlindung dengan face mask.
Apa yang aku nak sampaikan ialah bila muka aku tertutup dengan face mask, tiada siapa pun judge aku sombong, tiada siapa yang tahu kedudukan jerawat aku kat mana, berapa banyak jerawat dimuka, muka ada panau ke, muka ada jeragat ke…nobody know.
Itulah yang aku rasa. Dan……fahamlah aku begini rupanya perasaan perempuan yang pakai purdah/niqab.
Rasa SECURE.
Dalam Islam niqab tak wajib pun. Muka perempuan boleh dilihat oleh semua lapisan masyarakat. Tetapi dalam masyarakat kita banyak sangat mulut-mulut longkang yang suka bertanya atau menilai orang lain sesedap rasa.
Bila memakai pelitup muka, aku rasa secure dari mulut-mulut jahanam tu. Mereka gagal menilai aku sama ada aku berwajah bengis atau sombong. Mereka gagal mengira berapa banyak jerawat dimuka aku dan mereka tak tahu pun yang aku sedang menguap, kahkahkah.
Maka fahamlah aku bila kita melindungi wajah kita, kita dapat elak daripada ‘dinilai’ oleh manusia. Kau bukan tak tahu orang sekarang suka ambil alih kerja Tuhan.
Tapi, tapi…..aku tidaklah berniat nak pakai niqab. Aku cuma baru faham perasaan ‘secure’ itu macam mana.
‘A sense of security from being judged by human’
Kerja yang sepatutnya Tuhan buat tetapi manusia yang sibuk nak ambil alih menjadikan kita sentiasa tidak sempurna dimata mereka. Apa saja kita buat serba serbi tak kena. Semua nak berdebat bahawa merekalah yang terpaling betul. Muka lebar kena tegur, muka tirus sangat kena tegur, muka masam kena tegur, muka manis sangat nanti orang kata kau gedik tersengih-sengih tak bertempat.
Sebab itu kita jangan ambil alih kerja Tuhan. Kita tiada kelayakan. Tuhan izinkan wajah perempuan dilihat tetapi mulut manusia ini ada yang jahat.
No comments:
Post a Comment