Dah lama aku tak memandu kereta. Kelam kabut juga nak petik signal terpetik wiper, nak petik wiper masa hujan lebat terpetik signal. Mesti orang lain pening tengok aku memandu, hehe
Minggu ni aku dan semua team piping dikerah masuk pejabat. Senang cakap, kena paksa. Punca? Client complaint. Bukan komplen pada engineer side, tapi designer side. Tak kiralah side mana kena komplen, satu kapal kena tarik. Bahasa mudah, sorang buat salah semua kena tanggung akibat.
Ramai staf dah berhenti. Siapa tahan kan kerja macam orang gila. Sebab itu piping designer tak cukup orang. Kerja banyak, manpower tak cukup. Client yang dia tahu dia nak benda tu siap. Semua orang kerja dah macam tangan sotong.
Ada penyesalan jugak aku terjun dalam bidang ini. Hidup tak aman. Ada beberapa orang kawan aku bacaan blood pressure dah tak cantik. Asal stress je darah naik. Buat kerja tak tidur sampai pagi, kalau tidur pun sekejap saja.
Kehidupan apakah yang sedang aku lalui ini?
Dipejabat pula sekarang setiap minggu ada saja orang positif covid. Dulu setiap kali dapat notification staf positif, semua takut dan risau. Sekarang macam dah tak ada apa, dah jadi perkara biasa dapat notification si polan dari department sekian didapati positif covid19. Baca email, sangap-sangap, ok tutup email. Sambung buat kerja macam biasa. Tapi kalau kita close contact dengan colleague yang positif itu, kena kuarantinkan diri lah. Kalau bukan close contact, kau kerja macam biasa jah.
Aku ni cuma risaukan anak aku saja. Mereka berdua belum vaksin, kalau boleh aku nak elak masuk pejabat. Tapi bila dah kena paksa macam ni, apa boleh buat. Kita ni kuli saja yang menurut perintah. Dipejabat pandai-pandailah jaga SOP. Benda paling wajib buat ialah sentiasa pakai mask setiap kali kau bercakap dengan orang.
Aku dan team aku berharap work in office ini hanya sementara sahaja. Seperti mana bos kami cakap, kalau progress dah cantik, boleh work from home semula.
Menyampah betul bila kita kena tanggung kesilapan orang lain. Bos pulak tak boleh berlembut sebab dia sendiri kena pressure dengan management. Begitulah kisah seorang kuli di oil and gas sector.
Ok lah tak boleh merungut banyak-banyak, nanti akan ada orang kata….bersyukurlah kau masih ada pekerjaan.
Ok baik!
No comments:
Post a Comment