Monday, April 11, 2022

Hidup ini keras

Sejak kebelakangan ini aku rasa letih yang amat. Rasa nak tidur sepanjang hari. Rasa lesu. Sebelum ini aku mampu stay up sampai pukul 3 pagi, tapi sekarang pukul 10pm mata aku dah melekat macam ada gam cap gajah.

Macam ini rupanya penangan covid. Batuk baru nak baik. Seksa betul batuk sampai susah nak tidur. Aku harap aku akan fully recover sebelum balik cuti hari raya. Bukan apa, kalau balik kampung membawa penyakit nanti orang marah. Bukan tak pernah ada pengalaman. Serik dah rasa. 

Aku nak cakap satu rahsia, hehe.

Sebenarnya 2 tahun tak balik beraya di kampung aku okay saja. Aku cuma sedih sebab tak dapat jumpa mak abah, tu saja. Yang lain-lain aku tak sedih pun. Aku happy je sebenarnya beraya di Putrajaya. 

Normal ke aku cakap macam ni? Kalau orang lain meratap tak dapat beraya dikampung, aku rasa macam biasa-biasa saja. Cuma mak bapak kita yang sedih sebab tak dapat jumpa anak cucu. Orang tua ni dah tak ada apa mereka nak harapkan melainkan nak berkumpul semua ahli keluarga, makan sama-sama dan bergelak ketawa.

Banyak perkara lain yang lebih memberi pengajaran untuk diri aku berbanding sedih tak dapat balik raya. Sepanjang 2 tahun PKP on/off, aku banyak belajar mengenal perangai sebenar bos-bos, rakan sekerja dan rakan berniaga. Mereka inilah yang memberi kesan dalam hidup aku. Siapa yang senang dibawa berbincang, siapa yang suka perli-perli dan sound orang, siapa yang senang memberi kerjasama dan bos mana yang sudi memberi tunjuk ajar tanpa marah-marah kepada anak buah dia.

Tekanan kerja yang banyak lebih memeningkan kepala aku berbanding sedih tak dapat balik raya. Ini yang aku rasa sepanjang 2 tahun. Paling-paling tak pun tak dapat balik raya air mata kau menitik masa buat video call dengan mak abah, lepas tu keadaan kembali normal selepas aku makan rendang dengan nasi impit air tangan sendiri, hahaha. Aku kagum juga dengan diri aku berjaya masak lauk raya 2 tahun dirumah sendiri. Bila dah kenyang makan, tukar baju semula dan tonton tv. 

Rare betul hari raya 2 tahun yang lepas.

Cerita ini tentang kasut aku. Kasut kita tak sama dan jangan banding-bandingkan. Apa-apa pun balik kampung memang sesuatu yang indah. Aku cuma nak cakap, selama 2 tahun tak balik raya, aku okay saja kerana ada perkara lain yang lebih memenatkan untuk aku fikir. Fikir nak cari duit, fikir nak besarkan anak-anak, fikir sampai bila aku nak kerja macam ni, fikir kalau anak aku besar nanti, jiwa dia kental tak nak hadap ujian hidup sebab zaman sekarang pun dah rasa banyak tekanan, apatah lagi zaman mereka nanti.

Aku berharap anak-anak aku berjiwa kental dan tahan segala dugaan apabila mereka menjejak usia dewasa. Aku harap mereka ada pemikiran yang kreatif dan tahu apa nak buat bila ada sesuatu perkara terjadi. Biarlah aku marah dan membebel ditelinga mereka sekarang daripada mereka hidup tak ada arah tujuan dimasa-masa akan datang. Suatu hari nanti pasti mereka faham kenapa mak bapak dia marah dan membebel seperti mana aku baru faham kenapa dulu mak abah selalu membebel dan marah aku sampai nak berdarah telinga.

Hidup ini keras. Sangat keras dan adakalanya kejam. Inilah kehidupan didunia yang sebenar. Tapi ramai saja orang yang baik-baik yang kita akan jumpa. Sebelum kita berjumpa dengan orang yang baik, kita akan berjumpa dengan orang yang salah dulu. Itu perkara biasa. 

Dari situlah kita belajar mengenal manusia!









2 comments:

Kay said...

balik kampung utk jumpa mak ayah. betul aku setuju.

Julie Shahril said...

Kay: itulah tujuan sebenar balik kampung. Balik kampung bukan satu percutian mcm kita booking hotel dan terjun tiruk dalam swimming pool. Balik kampung sebab kita nak jumpa mak bapak, tak lupa asal usul…gitu.