Saturday, April 23, 2022

Kebodohan yang sengaja dibuat

Bad marketing is not a marketing. Itu hanyalah satu kebodohan yang diviralkan. Anehnya orang Malaysia sukakan kebodohan-kebodohan sebegini dan jari mereka laju saja menekan butang ‘share’ disertai dengan kata-kata kejian.

Secara tak langsung kita sebenarnya telah mempopularkan mereka secara percuma! Dan sudah tentu mereka gembira kerana berjaya menjadi popular dalam masa sehari saja. Bad marketing ini sudah tentu ada orang yang mengajar untuk melakukannya. Mereka tahu perkara yang mereka buat itu bodoh, tetapi melalui ‘bodoh’ itulah mereka berjaya melariskan produk jualan dan menjadi kaya. Untuk mendiamkan netizen, mereka minta maaf. Tahun depan mereka buat lagi.

So, aku tengok benda-benda macam ini dah jadi trend. Mempamerkan kebodohan yang direka-reka untuk menjadi popular tanpa mempedulikan maruah diri, yang penting poket berat, yang penting produk laku. 

Orang sekarang semua nak kaya cepat, tak mahu tunggu lama untuk bina identiti sendiri dengan jalan yang lebih murni. Dulu yang berani buat macam ni Nilopa je, tapi sekarang dah semakin ramai anak-anak muda dan orang yang entah siapa-siapa tiba-tiba saja popular sekelip mata. Oleh kerana Lopa ni dah memang dikenali dan ramai die hard fan, dia lagi tak kisah untuk dicaci kerana dia tahu die hard fan dia akan terus menyokong dia walau apa pun dia buat. 

Kalau kita bodoh sebab kita memang tak tahu, itu normal dan bodoh jenis ini boleh belajar. Tapi bodoh yang sengaja dibuat-buat, ini annoying.

Setakat hari ini semasa aku sedang menulis ini, aku hanya nampak KhairulAming saja yang bersih dari sebarang tohmahan. Tapi nak popular dengan cara bersih ini makan masa bertahun, bermakna KA ada tahap kesabaran yang tinggi untuk membina identitinya. Aku rasa kesabaran dia berbaloi dengan wujudnya kilang sambal dia sendiri dan sambalnya sold out dalam masa kurang 1 minit setiap hari di Shopee. Ini bukan pujian tetapi pendapat aku saja.

Selalunya benda yang ‘trending’ tak kekal lama, ianya bermusim. Berbanding kau bina personal branding dengan cara yang bersih walaupun makan tahun orang nak kenal, tapi cara ini akan kekal lama dan orang akan sentiasa menyokong kita kerana identiti bersih yang kita bawa.

Kesabaran itu indah walaupun ambil masa. Biarlah rezeki yang masuk itu diberkati walaupun sikit berbanding hasil jualan boleh pergi Mekah balik hari tetapi rasa tak pernah cukup. Bila kita ada rasa tak pernah cukup, itu yang datangnya perasaan tamak. Kalau boleh dia nak sailang orang lain dengan mencipta hukuman-hukuman tak masuk akal untuk menakut-nakutkan orang ramai supaya orang hanya akan beli dengan dia, bukan dengan orang lain.

Walau pun produk dia pun hauk juga sebenarnya.

Kan aku pernah tulis haritu, tips untuk berjaya dalam hidup ada tiga:

- Usaha
- Tawakal
- CABLE

Kalau kau ada cable besar, bukan setakat berniaga, kau buat salah pun orang kata betul. Kau buat kerja haram pun jadi halal. 

Ini baru sikit dugaan dunia, kau bayangkan kalau dajal tiba nanti, nauzubillahi min zalik.









No comments: