Saturday, April 2, 2022

Kecelaruan emosi

Adik aku pernah cerita, dulu semasa di UIA dia ada kawan yang ada penyakit Bipolar. Aku tak pernah tahu apa itu bipolar sehinggalah adik aku bagitahu. Tapi aku lupa kawan dia tu lelaki ke perempuan.

Adik aku kata, kawan dia tu boleh bertukar mood secara tiba-tiba dalam masa beberapa saat saja. Mula-mula dia elok bercakap macam manusia normal, tapi jangan terkejut dia boleh bertukar menjadi pelik, bercakap menengking-nengking depan orang secara tiba-tiba seolah-olah dia dah bertukar menjadi orang lain. Kecelaruan emosi.

Bila mood kawan dia dah ok, dia lupa dah apa dia cakap dan apa yang berlaku. Dia lupa dia cakap tengking-tengking dan marah-marah depan orang ramai. Dia lupa yang dia dah malukan adik aku depan orang ramai tanpa sengaja. Mula-mula dulu sebelum adik aku tahu penyakit dia, memang bengang lah tiba-tiba saja kau kena tengking tak tentu pasal. Tapi bila dah tahu dia ada penyakit, adik aku dah faham.

Bipolar ini penyakit yang ada dua polar emosi, lebih kurang macam tu lah aku rasa. Aku baca berita pasal Yasin Sulaiman ada bipolar, itu yang tiba-tiba teringat adik aku pernah cerita pasal penyakit ni. Mental illness is not a joke. Ianya satu penyakit yang ada pada manusia yang kita nampak macam normal, tapi sebenarnya emosi dan jiwa dia sakit.

Selain bipolar…depression, skizofrenia (halusinasi) juga adalah masalah mental yang orang akan kata mereka ‘gila’.

Orang kata, kalau sekali seseorang itu mengidap bipolar, maka sampai matilah bipolar itu akan kekal dalam diri dia. Tiada cara untuk pulih melainkan makan ubat untuk meredakan dan menenangkan, selain berzikir dan berdoa banyak-banyak.

Orang yang ada masalah mental, jiwa dan emosi harus dirawat dan orang sekeliling kena bagi sokongan moral supaya mereka lebih berkeyakinan untuk hidup normal macam orang lain.

Orang yang ada masalah mental dan emosi biasanya tak boleh kena provoke lebih-lebih. Sedikit silap kata atau kejadian akan trigger emosi sama ada dia akan jadi gembira melampau atau kemurungan melampau.

Kerana itu, Dr Putri Afzan Maria sering menekankan bab emosi (untuk kanak-kanak). Dr Suriyakhatun juga selalu meneliti masalah emosi ketika merawat pesakitnya. Orang selalu memandang remeh saja bab emosi, tapi impactnya sangat besar sebenarnya kalau tidak dikawal dan jika tidak belajar mengawal.
.
.
.

Esok dah bermulanya ibadah puasa untuk seluruh umat manusia beragama Islam di Malaysia. Selamat berpuasa dan pandai-pandailah kita menjaga emosi dan nafsu dibulan Ramadhan yang mulia ini. Bila syaitan telah dikurung, segala perangai buruk kita di bulan puasa ini ternyata bukan hasutan syaitan lagi dah, tapi itu dah memang perangai kita yang sebenar-benarnya.

Semoga ibadah kita diterima dan dipermudahkan segala urusan, aamiin.





2 comments:

Gerb said...

Aku ada kawan yang doctor diagnose dia with bipolar type 1. Aku harap dia baik-baik sahaja. So far sepanjang berkawan dgn dia mood dia "tenang". Maybe sebab makan ubat. Tapi boleh dia selalu mengadu penat nak lawan penyakit dia. Semoga dia baik-baik sahaja sebab aku dah lost contact dengan dia.

Julie Shahril said...

Semoga kawan kau baik2 saja dan harap2 diberi keajaiban untuk sembuh sepenuhnya, aamiin.