Tuesday, June 7, 2022

Sekakap, Mersing



Tempat ni tak ramai orang. Dalam pada tak ramai orang pun ada juga manusia minum air 100 plus buang botol merata. Kau bayangkan kalau ramai datang sini macam mana agaknya nasib tempat ini kalau tak dijaga…


Kalau balik Endau, ada masa terluang atau kalau ada hal yang perlu di selesaikan, aku akan ke Mersing. Endau ini terletak dalam daerah Mersing. Di Mersing, selalunya orang luar akan bercuti ke pulau-pulau sebab itulah daya tarikan Mersing. 

Kalau ke Mersing aku suka pergi ke Sekakap. Di Sekakap inilah letaknya Istana Flintstones milik DYMM Sultan Johor. Kalau masuk ke kawasan Sekakap ini, aku rasa tenang, aman dan damai. Rumah-rumah di Sekakap pun cantik-cantik.

Disini ada satu sungai yang aku sendiri tak pasti nama sungai apa tapi airnya cantik hijau memukau. Setiap kali datang Sekakap aku pasti singgah ke sungai ini untuk menikmati cantiknya pemandangan disini. Tapi awas sungai ini tempat habitat buaya, jadi janganlah mengada nak terjun tiruk kat sini yer.


Kaki pancing mesti suka lepak sini



Nampak tu papan tanda amaran habitat buaya



Kalau aku banyak masa nak je duduk sini lama-lama



Seorang kaki pancing memang pantang nampak air. Nampak saja air tangan terus gigil dan menggelepar nak baling joran.


Semasa nak balik aku baru perasan ada signboard bertulis JALAN FLINTSTONE




Menyusur keluar dari Jalan Flintstone, kita akan lalu Kampung Ayer Putri. Kalau mata korang tajam akan nampak lah pantai ini. Nak ke pantai ini kena menurun bukit sikit. Pantai ni nice dan next time aku nak pergi lagi. 

Kadang-kadang aku terfikir, boleh tak tempat macam ni tak payah membangun sangat? Entahlah mungkin mentaliti aku old school sikit. Kalau nak kekalkan ‘nature’ kena kurangkan pembangunan. Kalau kita suka tengok betapa cantiknya keindahan alam di Switzerland, mengapa tidak kita jaga alam semulajadi di negara kita sendiri dan kekalkan keindahan itu dari kerosakan yang dibuat oleh tangan-tangan manusia.

Bukanlah aku tak nak ada pembangunan langsung, tapi tempat yang patut dikekalkan alam semulajadinya, kekalkan lah. Sekali tempat macam ni dah rosak, susah dah nak baik pulih semula seperti asal. 










No comments: