Wednesday, June 8, 2022

Perjalanan ke satu destinasi



Untuk ke satu-satu destinasi, keterujaan aku bukanlah pada destinasi yang hendak dituju, tetapi perjalanan untuk sampai ke destinasi tersebut.

Ke Bangkok menaiki kapal terbang berbeza jika ke Bangkok menaiki keretapi atau memandu kereta.

Ke Russia menaiki kapal terbang berbeza jika ke Russia menaiki keretapi selama berminggu-minggu merentas pelbagai negara dan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia.

Pengalaman disepanjang perjalanan itulah yang sangat berharga. Perjalanan yang memenatkan akan hilang jika kita disajikan dengan pemandangan yang memukau atau bertemu dengan manusia berhati mulia.

Destinasi yang hendak dituju mungkin kita dah dapat agak macam mana keadaannya, google saja kita dah boleh tahu. Tapi, pengalaman disepanjang perjalanan kita tak boleh nak agak dan kalau kita nak tahu kita haruslah menempuh perjalanan tersebut.

Roadtrip, mungkin ada sesetengah orang tak suka tapi percayalah perjalanan darat yang dianggap ekstrim ini akan membuatkan hidup kau lebih berwarna warni dan harmoni. 

Sama macam kau mendaki gunung. Mendaki gunung ini fokusnya bukanlah nak sampai ke puncak tetapi proses perjalanan untuk sampai ke puncak itulah yang sebenar-benar pengalaman yang berharga. Disepanjang perjalanan untuk sampai ke puncak, kau akan melalui onak duri dan jalan derita, sakit perut lah, nak terkucil lah, sakit kepala, terseliuh kaki, tunggu kawan jauh dibelakang tak sampai-sampai, kau menyanyi untuk hiburkan hati sehingga akhirnya kau berjaya menawan puncak gunung yang kau tatap tak sampai setengah jam lepas tu kena turun semula…hehehe. 

Jadi kesimpulannya, keseronokan satu-satu percutian bukanlah pada destinasinya tetapi pada proses perjalanannya.

Ya, aku selalu teruja dengan roadtrip.






No comments: