Tuesday, October 11, 2022

Kau rasa mereka kisah?

KJ kata orang yang positif covid dibenarkan mengundi.
YDP Agong bertitah, parlimen boleh dibubarkan dan PRU bakal dilaksanakan dimusim tengkujuh.

Benda yang sebelum ini tak boleh tiba-tiba semuanya jadi boleh hanya disebabkan kuasa.

Kau rasa, kalaulah hampir-hampir hari mengundi terjadinya banjir besar seperti banjir di Nanding tahun lepas, mereka akan dahulukan keselamatan diri atau berpusu-pusu tinggalkan rumah dan kereta yang dah hanyut semata-mata nak pergi mengundi?

dan…kalaulah terjadinya banjir melewati tarikh mengundi, adakah ahli politik akan memikirkan nasib rakyat atau sibuk menayang muka tak malu mereka untuk memastikan rakyat memangkah undian dikotak nama mereka nanti?

Aku tiada jawapan. Yang pasti, keputusan mengadakan pilihanraya dimusim-musim musibah ada agenda tersendiri.

All the entire systems in our country is totally damage.

Oh ya. Aku dah tukar pusat mengundi. Aku tidak perlu lagi bersusah payah pulang ke kampung semata-mata nak memangkah di kotak undian. Kali ini, aku mengundi di Putrajaya. Maka dengan itu, kalau ditakdirkan hujan, banjir, ribut petir dan kilat sambung menyambung, aku tetap akan keluar pergi mengundi kerana tempat aku bakal mengundi jaraknya dekat saja dari rumah.

Aku bukanlah suka sangat pasal politik tapi aku ambil tahu juga perkembangan semasa. Jari kita yang memilih ini bakal menentukan pemimpin yang bakal mengelola negara yang akan didiami oleh anak cucu cicit kita nanti. Kalau sekarang pun kita dah nampak ramai ahli politik macam bongok-bongok, jadi ayuhlah kita ubah sekali lagi. 

Kalau tak ada ahli politik yang cerdik, sekurang-kurangnya kita pilih yang kurang bongok, jangan pilih ahli politik yang bongoknya ketara sangat. 

Kecintaan mereka kepada rasuah dan gila kuasa seolah-olah dah jadi cinta sejati, tak boleh berpisah dan dileraikan. Mereka tak fikir pun dirumah kita ada beras tak, ada lauk tak, cukup pakaian tak?

Kau ingat mereka kisahkan kau ke? Bukan tak ada ahli politik yang kisahkan kau, tapi mereka awal-awal lagi telah diketepikan.













2 comments:

Ju@Lucky^Mummy said...

hehe.. mesti zahid hamidi menyesal minta pilihanraya.

Time Traveller said...

8 bulan telah berlalu.. Org politik yg bersifat jahat makin terserlah kejahatan mereka yg mahukan kehidupan selesa kaya utk diri masing2.. PRN dihujung tarikh moga rakyat membalas :D