Sunday, October 2, 2022

Selamat tinggal kereta

Aku ada 2 kereta. Satu kereta aku dah berjaya jual, hehe. Tinggal satu lagi kereta bakal dilepaskan esok, Isnin (03.10.2022). Dua-dua kereta ini banyak berjasa tetapi memandangkan kedua-duanya sudah biul dan aku pula sudah tidak tertanggung lagi maintenance yang mencecah ribuan tinggit, maka…

Selamat tinggal kedua-dua keretaku. Jasamu ku kenang.

Aku dah dapat pengganti sebiji kereta lain yang aku beli murah-murah saja. Kereta 2nd hand yang aku beli cash. Sebiji lagi kereta baru kena tunggu 2-3 bulan baru dapat. Kereta jenama tempatan saja bukan dari Jerman. Pakai kereta Jerman memang best tapi nak layan pakcik Jerman punya maintenance kadang-kadang rasa nak menangis juga. Oleh kerana pakcik Jerman ni banyak songeh, aku let go dia.

Kereta bukan lagi benda yang harus dimegahkan atau dilagakkan dihadapan orang. Kereta bukan benda yang memberi petanda kau kaya. Kereta bukan aset tetapi liabiliti yang akan membocorkan poket kau. 

Kereta adalah keperluan yang wajib ada tapi bukan untuk bermegah-megah. Kau pakai kereta mahal atau murah tidak penting. Yang penting kereta itu berfungsi dengan baik apabila kau nak guna untuk bergerak dari point A ke point B. 

Bak kata abah aku, orang yang kaya ialah orang yang banyak tanah bukan yang banyak kereta. Tak salah nak pakai kereta mewah tetapi bersedia lah dengan maintenance, roadtax dan insurannya.

Aku memang memerlukan 2 biji kereta. Satu kereta untuk perjalanan jauh yang lebih selesa, satu kereta lagi aku buat untuk berkebun dan sebagai back up jikalau salah satu kereta buat perangai.

Oh ya, aku ada pengetahuan baru yang aku dapat hari ini. 

“Harga kereta makin turun tapi harga nombor plat yang unik makin naik macam harga tanah”

Ini yang rasa macam nak beli nombor plat unik-unik pulak, mungkin boleh buat aset…hahaha. Berangan sekejap.




1 comment:

Time Traveller said...

Betul tu.. kereta ni keperluan dia adalah utk dari A ke B.. jika ke tempt kerja.. kalau angkat brg perlukan yg sesuai.. utk bermegah2 ni kalau betul2 berduit tapi still tak diperluan.. Krete kita pun dah 8 tahun.. alhdmulilllah so far so good tak banyak ragam :D perodua is the best hahahaa..