Tuesday, January 2, 2024

Hari ke-2 tahun 2024

2 hari yang lalu, lengkaplah bumi mengelilingi matahari selama 365 hari. Sekarang bumi bermula semua kitarannya seperti biasa. Apabila lengkap kitaran 365 hari itu, akan bermula tahun baru dan bumi akan terus menjalankan aktivitinya sehingga kiamat.

Aku macam biasa tak pernah ada azam baru. TAK PERNAH. Aku tak pernah ada target. Cuma ada lah sikit-sikit senarai dalam kepala yang aku nak buat, tapi benda tu macam…kalau jadi, jadi lah, kalau tak jadi, tak apa. Kita buat plan lain. Sebenarnya i just to with the flow. Selalunya benda yang aku plan beria-ria ni akan ke laut dalam. Benda yang aku buat on the sport, itu yang selalunya menjadi.

Cuma aku ada plan bulan Februari nanti sempena cuti sekolah selama 1 bulan. Harap-harap menjadilah. 

Sekarang mood aku masih diawang-awangan. Mungkin abah aku baru saja pergi, jadi agak payah dan makan masa untuk aku sesuaikan diri dan stabilkan emosi. Bukan tak redha tapi lebih kepada rindu. Kekesalan? Ya ada sedikit tapi benda itu aku anggap bukan takdir aku untuk memenuhi apa yang abah mahukan. Aku terus jalan ke depan tapi sesekali aku akan toleh ke belakang. Abah aku pernah berpesan…

“Hidup kita ini umpama macam kita bawa kereta. Kau pandu kereta fokus pandang depan tapi sesekali kau kena pandang side mirror dan cermin belakang. Tujuannya supaya kau sedar di kiri kanan dan belakang kau ada kenderaan lain, bukan kau sorang je ada atas jalanraya tu”

Macam itu jugalah kehidupan kita. Suka tak suka kita kena jalan terus ke depan tapi sesekali kita kena kenang kembali apa yang dah kita lalui sebelum ini. Kita kena tengok siapa yang patut kita bantu, siapa yang patut kita dekatkan diri dan siapa yang patut kita jauhi. Kita adalah ‘hakim’ kepada diri kita sendiri. Fikir dan buatlah keputusan. Fikir juga risiko yang bakal ditanggung. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kita. Dengar nasihat boleh, minta pendapat boleh…tapi yang membuat keputusan ada KITA.

Terima kasih abah untuk pesanan ini. Abah aku ni garang sebenarnya. Masa kecik-kecik dulu aku tak berani nak angkat muka kalau dia marah. Nak angkat muka pun takut apatah lagi nak menjawab. Dia punya garang memang level-level Hitler. Tapi satu yang aku suka. Setiap kali aku minta duit dia tak pernah tak bagi. Wakakaka. Dia cuma tanya nak duit untuk apa? Nak beli apa? Banyak mana? Dia terus seluk poket, hulur duit. Yahuuuu. Itulah abah aku, dia tak lokek dan tak pernah berkira. Janji kau jangan menipu dia sudah. Sebab nanti dia akan tanya semula…

“Mana barang yang kau kata nak beli tadi?”

Hahahha. Sebab tu aku kata jangan menipu dia. Kalau aku kata aku nak duit untuk beli buku (ini contoh), maka aku kena tunjuklah buku yang aku beli tu. Dia nak bukti.

Tapi mak aku kedekut sikit. Hehehe. Aku jarang dan boleh dikatakan tak pernah minta duit dengan mak. Kalau minta confirm tak akan dapat. Apa-apa hal aku cari abah juga. 

Sekarang abah dah tak ada. Separuh jiwa aku pun hilang. Nak dapatkan semula semangat yang hilang bukan mudah. Dulu setiap tahun tanpa gagal aku akan belikan baju raya untuk abah. Dia suka pakai kemeja lengan pendek. Masih aku ingat ketika aku hulurkan baju pada dia, dia buka plastik dan terus pakai. Masa tu aku rasa macam abah appreciate sangat apa aku bagi pada dia. 

Rindunya kisah-kisah silam dengan abah. Kita semua hanya ada seorang bapa saja, tiada dua atau tiganya. Hargailah bapa kita selagi hayatnya dikandung badan. Bila dia dah tak ada baru kita tahu apa erti rindu.















No comments: