Thursday, August 20, 2009

maafkan saya dan saya maafkan awk semua

Saya tahu 2-3 hari ni mungkin ramai orang masih bersedih diatas pemergian Alin. Ramadhan pun bakal tiba dan kita semua akan memulakan sesi berpuasa selama sebulan bermula sabtu ini. Tapi sampai bila kita harus bersedih? Hidup mesti diteruskan. Yang pergi biarkan dia pergi dan kita doakan dan sedekahkan Alfatihah untuk kesejahteraan mereka di sana. Dan kita yg masih bernafas ini kena teruskan kehidupan seperti biasa. Hidup mesti terus.

Sempena ramadhan ini, ramai org dah mula bermaaf-maafan, minta keampunan sesama insan di atas segala kesilapan yg pernah dilakukan sama ada sengaja atau tidak. Begitu juga bila tibanya syawal. Masa itulah org berebut-rebut nk minta maaf. Tapi pada saya tak perlu tunggu bulan ramadhan atau syawal utk meminta maaf. Memohon kemaafan boleh dilakukan pada bila2 masa. Adalah lebih baik kalau kita rasa kita dah buat salah, terus saja hulur tangan dan minta maaf. Tak akan jatuh martabat kita kalau kita memohon kemaafan, malah kita akan lebih dihargai dan dihormati kerana keikhlasan hati kita untuk membuang yg keruh dan merapatkan semula tali siratulrahim.

Ada satu peristiwa yg telah mengingatkan saya pada seorang kawan. Saya tahu dia kawan yg baik, cuma mungkin keadaan atau situasi pada masa itu yg membuatkan dia hilang sifat kelembutan dan kebaikannya. Tercetusnya perang dunia ke-3 pada masa itu membuatkan kami putus sahabat. Sesiapa yg telah menyaksikan peristiwa perang itu meletus, pasti akan tahu siapa orangnya. Tapi jangan risau, saya tak pernah menyimpan walau sebesar zarah pun perasaan benci atau dendam. Tidak ada! Saya dah memaafkan dia kerana saya tahu saya tak berhak untuk menghukum seseorang. Cuma saya jadikan apa yg dah berlaku itu sebagai satu pengajaran paling berharga dlm hidup. Dan ia juga mengajar saya supaya lebih berhati-hati. Dalam peristiwa perang itu, mungkin saya pun ada buat salah dan saya juga berharap dia memaafkan saya.

Cuma saya nak pesan satu perkara...

Kita dianugerahkan dgn akal. Jadi gunakan akal utk berfikir. Jangan terlalu percaya dgn kata-kata org lain yg belum terbukti kebenarannya. Dengar boleh, tapi percaya jangan. Kaji dulu sebelum bertindak kerana tindak tanduk kita itulah yg akan mencerminkan diri kita yg sebenar. Jangan termakan dgn hasutan. Dan gunakan cara yg paling berhemah utk bertanya jika ada sesuatu yg tak puas hati.

Peristiwa perang itu adalah peristiwa paling pahit yg pernah saya rasa sepanjang bergelar pelajar (kerana ia berlaku sewaktu saya sedang belajar), dan peristiwa paling pedih sepanjang saya berkawan. Tapi..peristiwa itu jugalah yg mematangkan saya. Betul lah setiap kejadian itu ada hikmah yg kita tak nampak, tapi bila dah lama baru kita nampak apa hikmah yg tersirat tu.

Experience makes me more meatured.
Experience makes me more be careful.

Selamat Berpuasa.

No comments: