Untuk kali pertamanya saya join rafting di Kuala Kubu Baru, ahad lepas. Peserta yg terlibat adalah geng-geng gunung kecuali Thirah (sedang mengerjakan umrah), Intan (berada di Glasgow) dan Yat. Peserta tambahan ialah kawan-kawan Huz dan kawan Nurul. Oh ya, kali ni Miza ada bersama, dan Ezza selaku jurufoto kami.
Berkumpul di Petronas dekat Giant Taman Samudera, kata miss organizer sebelum pukul 7.ooam. Tapi kali ni miss organizer lewat, 4 tahun kami menunggu di situ. Haha. Lepas tu terus bergerak ke Kuala Kubu. First time saya menjejakkan kaki di Kuala Kubu. Tiba di sana, jumpa En.Hasnul, baru saya teringat balik rupanya En.Hasnul ni saya pernah jumpa di Gunung Kinabalu last year. Dia yang tukang arrange semua acara ni. Bersarapan dulu di sana. Dah kenyang, terus bergerak ke tempat kejadian.
Seperti biasa, sebelum acara bermula, ada briefing dulu dari guide. Dia tunjuk dan ajar arahan-arahan yang akan diberikan semasa rafting nanti, tunjuk juga cara-cara nak pakai life jacket dan safety helmet. Senang je tu..hehe.

Gambar di atas itu adalah sebelum kejadian ngeri yang menimpa team saya. Sebelum bercerita tentang kejadian ngeri itu, saya nak bagitahu bahawa rafting di Kuala Kubu ini adalah tahap level 5. Biasa la kami memang suka buat aktiviti terus lompat yg susah-susah dulu, terus ambil yang hardcore. Lepas ni kalau setakat level 1 rasa macam berdayung sampan je kot...hehehe (ketawa dengan berlagaknya).
Masa ni saya tak rasa takut sangat (ok tipu, sebenarnya memang saya takut!). Apa yang saya bayangkan itu benar-benar berlaku. Ada six sense rupanya aku ni. Di sini ada 3 major rapid iaitu 1st Canyon, Chicken Drop dan Hydraulic. The master and best part is Hydraulic.

Kami semua hanyut dibawa arus yang sangat deras. Honestly, saya rasa masa ni separuh nyawa saya dah melayang, saya dah pikir adakah aku akan mati? Saya tak dapat nak gambarkan betapa lajunya arus yang telah menenggelamkan kami semua sehingga kasut saya, Kay dan Huz hilang, contact lens Kay pun hilang. Dasyat kan?
Ini lah mimpi ngeri itu. Ternyata kami semua masih hidup, alhamdulillah. Syukur. Walaupun ini satu mimpi ngeri, saya beranggapan ianya satu pengalaman yang hebat. Terima kasih kepada guide-guide yang menyelamatkan kami. Nyawa saya masih ada.

All pics credit to Nurul, eh bukan...ATL (akak tahi lalat).
6 comments:
ATL... akak terlambat...
aku nak buat entry KKB jugak, tp tadop gambo, nnt semua gambar sama... cemana?
kay: xpe..ko pilih2 je gmbo lain..kalo sama pon xpe...dh mmg kita menumpang kamera org...hehe
bila la kamera aku nk siap nih...tensen!
ngeh..ngeh...gambo kak fad tu...leh wat iklan gigi..hee...
joyah: buat side income,model gigi
boleh saya tau, apa nama company yg handle rafting kat kkb ni? thanks. d;D
areeplogue: maaf lah, sy x ingt,lgpun bkn sy yg organize aktiviti ni,sy cuma bayar dan join..hehe...sori x dpt mbantu..
Post a Comment